Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500298
Title: | Kesan peningkatan karbon dioksida terhadap profil pertumbuhan dan profil transkriptom Albizia saman (Jacq.) Merr |
Authors: | Fathurrahman (P74683) |
Supervisor: | Che Radziah Che Mohd Zain, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Carbon dioxide Global warming Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 7-Dec-2018 |
Description: | Perubahan iklim secara global adalah disebabkan peningkatan kepekatan gas di udara terutama karbon dioksida (CO2). Hal ini berlaku sejak revolusi industri dan pertumbuhan sektor ekonomi yang pesat. Kadar kepekatan CO2 terus meningkat termasuk di Malaysia dimana pada tahun 2015, kadar CO2 melebihi 400 ppm. Malaysia mengumumkan komitmen untuk mengurangkan gas rumah hijau (GHG) atau CO2 pada tahun 2020 sebanyak 40%. Langkah yang boleh digunapakai bagi mengurangkan kepekatan CO2 antaranya dengan menanam semula tumbuhan yang akan menyerap pembebasan CO2 di udara. Atas kesedaran ini, kajian telah dijalankan ke atas Albizia saman (Jacq.) Merr yang dilaporkan mampu menyerap CO2 dengan berkesan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kadar penyerapan CO2 oleh A. saman berbanding beberapa tumbuhan landskap lain, menilai tindak balas morfologi, ciri anatomi, fisiologi dan membandingkan ciri-ciri profil transkriptom yang terdiri daripada aspek proses biologi, komponen selular dan fungsi molekul. Seterusnya menilai pengekspresan gen berkaitan fotosintesis dan corak pengekspresan gen rubisco (RBC) dan gen D-gliserat 3-kinase (GLYK) pada A. saman yang didedahkan kepada kepekatan CO2 yang tinggi. Tahap-tahap kajian ini meliputi penyerapan CO2 oleh A. saman dan lima tumbuhan landskap lain, seterusnya pemilihan pokok yang akan digunakan sebagai sampel untuk ditumbuhkan di rumah kaca kawalan CO2 (400 ppm) dan rawatan CO2 (800 ppm). Cerapan data yang dijalankan adalah melibatkan analisis morfologi, ciri anatomi, fisiologi dan genetik. Hasil analisis menunjukkan bahawa A. saman mempunyai kemampuan tinggi dalam menyerap CO2 (12.89 ppm/ /hari) berbanding pokok lain seperti E. papilose, D. albiflos, T. stans, H. odorata dan C. inophylum. Pokok A. saman yang didedahkan pada 800 ppm CO2, menghasilkan pertumbuhan pokok lebih baik berbanding pokok kawalan, contohnya tinggi pokok, bilangan daun, ukur lilit batang, bilangan cabang, berat basah, berat kering dan kandungan klorofil. Kenaikan kepekatan klorofil a dan b terjadi pada umur daun 30 hari iaitu 55.93%, umur daun 60 hari iaitu 45.71%. Sebaliknya umur daun 90 hari pada sampel rawatan CO2 menurun manakala pada sampel kawalan meningkat kepada 44.75%. Analisis biojisim pada umur 90 hari setelah perlakuan, purata berat basah sampel rawatan lebih tinggi iaitu 75.53% dan juga berat kering iaitu 46.93%. Berat kering akar A. saman pokok kawalan hanya 9.70 g dan pokok rawatan tercatat lebih tinggi iaitu 13.45 g. Perbandingan antara kanopi dan akar pada berat kering sampel rawatan nilainya 16.06 manakala sampel kawalan nilainya 9.7. Purata kadar fotosintesis, aliran stomata dan kecekapan penggunaan air lebih tinggi pada sampel rawatan. Analisis anatomi pada sampel rawatan menghasilkan kepadatan stomata yang lebih tinggi, xilem lebih besar, lamina tebal dan pengurangan trikom. Analisis transkriptom pada klasifikasi gene ontology (GO) menghasilkan bilangan gen lebih banyak pada sampel rawatan CO2 berkenaan dengan fungsi tiga aspek iaitu proses biologi, komponen selular dan fungsi molekul. Bilangan gen yang berkaitan dengan fotosintesis meningkat pada sampel rawatan contohnya gen Photosystem I P700 apoprotein A1 (chl), Dihydrodipicolinate reductase, pyruvate kinasecytosolic, isozyme-like isoform X2, 2,3-bisphosphoglycerate-independent phosphoglycerate mutase. Regulasi nisbah gen sampel rawatan ada yang menurun contohnya cytochrome b, uncharacterized protein LOC1, LRR receptor-like kinase plant-like protein T1F9. dan NAD kinase 2. Analisis qPCR dalam pengekspresan gen RBC meningkat 16 kali ganda, sebaliknya gen GLYK menurun sebanyak satu kali ganda pada sampel rawatan. Daripada hasil analisis, A. saman telah mampu menyerap karbon dioksida secara berkesan. Oleh itu adalah disyorkan A. saman untuk dipilih dan ditanam secara meluas sesuai komitmen Malaysia untuk mengurangkan kadar CO2 tahun 2020.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 212 |
Call Number: | QD181.C1 F338 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114451+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.