Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500263
Title: Kajian perencatan Glikogen Sintase Kinase-3β (GSK3β) dalam kesan modulasi-sitokin bagi andrografolid dan kemferol
Authors: Wan Rozianoor Mohd Hassan (P77948)
Supervisor: Hasidah Mohd. Sidek, Prof. Dr.
Keywords: Glycogen synthase kinase-3
Immune response -- Regulation
Protein Kinase Inhibitors -- Therapeutic use
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-May-2019
Description: Modulasi gerak balas imun (imunomodulasi) menggunakan sebatian dari tumbuhan sedang berkembang sebagai strategi terapeutik dalam merawat penyakit berkait-inflamasi termasuk malaria. Kebanyakan kesan terapeutik sebatian bioaktif adalah disebabkan kesan imunomodulasi yang luas dan kesannya ke atas sistem imun hos. Di dalam kes malaria, kegagalan fungsi penghasilan sitokin merupakan salah satu faktor penyumbang kepada patogenesis dan tahap kritikal penyakit. Glikogen Sintase Kinase-3 (GSK3), sejenis Ser/Thr kinase adalah pengawalatur utama bagi gerak balas sitokin yang berpotensi berkesan untuk memodulasi keseimbangan sitokin semasa infeksi. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai aktiviti antimalaria bagi sebatian dari tumbuhan ubatan yang terpilih (andrografolid, kemferol dan metil-4-hidroksisinamat) dan untuk menentukan sama ada aktiviti antimalaria bagi sebatian melibatkan GSK3 sebagai sasaran molekul. Aktiviti antiplasmodium bagi sebatian ujian terhadap Plasmodium falciparum 3D7 dalam turutan potensi berkurang adalah seperti berikut: andrografolid > kemferol > metil-4-hidroksisinamat. Oleh kerana aktiviti antiplasmodium yang paling rendah ditunjukkan oleh metil-4-hidroksisinamat berbanding andrografolid dan kemferol, hanya andrografolid dan kemferol dipilih untuk kajian in vivo seterusnya. Analisis in vivo menunjukkan suntikan intraperitonium bagi masing-masing andrografolid dan kemferol ke dalam mencit-terinfeksi P. berghei NK65 sensitif-klorokuin selama empat hari berturut-turut menindas perkembangan parasitemia. Aktiviti kemopenindasan melebihi 60% diperoleh dalam haiwan terinfeksi-malaria (pos- dan pra-infeksi) dengan masing-masing 5 dan 15 mg/kg berat tubuh (BT) andrografolid. Demikian juga kemferol menunjukkan kesan kemopenindasan bagi perlakuan pos- dan pra-infeksi dengan masing-masing 5 dan 20 mg/kg BT. Drug rujukan malaria, CQ (10 mg/kg BT) dan sebatian rujukan perencat GSK3, LiCl (100 mg/kg BT) menunjukkan kesan kemopenindasan masing-masing melebihi 90% dan 50%. Profil sitokin sampel serum mencit ICR terinfeksi-P. berghei NK65 menunjukkan penghasilan sitokin yang berlebihan. Analisis histopatologi menunjukkan kehilangan struktur asal dalam organ-organ utama mencit terinfeksi dan kehadiran eritrosit berparasit (PRBC) serta hemozoin. Perlakuan pos- dan pra-infeksi dengan andrografolid menyebabkan serum dirangsang-infeksi bagi pro- dan antiinflamasi sitokin; aras IFN-γ berkurangan secara signifikan bagi kedua-dua perlakuan pos- dan pra-infeksi sementara menaikkan IL-10 dan IL-4 secara signifikan dalam perlakuan pos-infeksi. Perlakuan dengan kemferol turut sama memberi kesan kepada aras serum pro- dan antiinflamasi sitokin; TNF-α berkurangan secara signifikan dan menaik secara signifikan bagi IL-10 dan IL-4. Perlakuan pos- dan pra-infeksi dengan CQ mengurangkan aras kesemua sitokin diuji secara signifikan tetapi meningkat bagi sitokin IL-4. Manakala perlakuan dengan LiCl secara pos-infeksi menunjukkan pengurangan signifikan aras sitokin proinflamasi berbanding mencit kawalan terinfeksi. Analisis histopatologi organ-organ utama dalam haiwan terinfeksi dengan perlakuan masing-masing andrografolid, kemferol, CQ dan LiCl menunjukkan keadaan bertambah baik dengan kurang kehadiran PRBC dan hemozoin diperhatikan. Analisis pemblotan western menunjukkan bahawa perlakuan dengan masing-masing andrografolid dan kemferol meningkatkan aras pemfosfatan bagi GSK3β (Ser9) dan mengurangkan aras pemfosfatan NF-κB p65 (Ser536) dalam hepar mencit terinfeksi-P. berghei. Aras pemfosfatan Akt/Protein kinase B (Ser473) juga berkurangan dalam kedua-dua kumpulan haiwan dengan perlakuan andrografolid dan kemferol mencadangkan bahawa fosfo-perencatan GSK3β yang dicerap dalam mencit dengan perlakuan bukan diperantarakan melalui Akt. Tapak jalan pengisyaratan Wnt/β-katenin juga dikaji bagi kesan perlakuan andrografolid dan kemferol. Aras pemfosfatan Dvl-3 serta pβ-katenin berkurangan mencadangkan bahawa kesan perlakuan andrografolid mengaktifkan tapak jalan pengisyaratan Wnt/β-kat. Manakala pengurangan aras pemfosfatan Dvl-3 serta peningkatan aras pβ-katenin mencadangkan bahawa kesan perlakuan kemferol tidak mengaktifkan tapak jalan pengisyaratan Wnt/β-kat. Kesan perlakuan andrografolid diperantarakan melalui tapak jalan pengisyaratan Wnt/β-kat tetapi bagi kemferol, tapak jalan pengisyaratan yang terlibat masih belum diketahui. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan bahawa GSK3β merupakan sasaran penting bagi aktiviti modulasi-sitokin disasar-hos bagi kedua-dua andrografolid dan kemferol dalam infeksi malaria. Kedua-dua sebatian dari tumbuhan ubatan ini adalah sesuai bagi pembangunan terapi adjunktif bagi malaria.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 255
Call Number: QP606.P76W336 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_113565+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
442.73 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.