Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500260
Title: | Pembangunan sensor dan biosensor elektrokimia metil paraben berasaskan bahan selulosa nanohablur, bahan nanokarbon berkonduktif dan nanopartikel logam |
Authors: | Wan Elina Faradilla Wan Khalid (P81139) |
Supervisor: | Lee Yook Heng, Prof. Dr. |
Keywords: | Cellulose -- Chemistry Cellulose nanocrystals Nanocrystals Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Dec-2019 |
Description: | Dalam kajian ini, sensor dan biosensor elektrokimia berasaskan bahan selulosa nanohablur (CNC) untuk pengesanan metil paraben (MP) telah dibangunkan. Sensor MP elektrokimia voltametri berasaskan bahan nanokomposit selulosa nanohablur-grafena oksida terturun (CNC-rGO) telah dibangunkan. Selain itu, biosensor enzim baharu untuk MP juga direka bentuk menggunakan CNC sebagai matriks pemegunan enzim. CNC dicirikan serta diubahsuai menggunakan kaedah pengoksidaan perantara-2,2,6,6-tetrametil-piperidina-1-oksil (TEMPO) bagi memperkenalkan kumpulan berfungsi karboksil yang digunakan untuk pemegunan enzim p-hidroksibenzoat hidroksilase (HBH) melalui tindak balas kumpulan karboksilat dan N-hidroksisuksinamida (NHS)/N-(3-dimetilaminopropil)-N'-etil-karbodiimida hidroklorida (EDC). Pengubahsuaian permukaan dan pemegunan enzim telah dicirikan dengan XRD, FESEM-EDX, keupayaan zeta dan kajian larut resap enzim. Sensor elektrokimia berasaskan bahan nanokomposit CNC-rGO dapat mengesan kepekatan MP dalam julat antara 0.2 – 0.9 mM dengan had pengesanan (LOD) 0.1 mM. Sensor kimia ini bukan sahaja menunjukkan kepilihan yang lebih baik berbanding elektrod tanpa CNC (rGO sahaja), malahan ia menawarkan kelebihan dalam kebolehasilan yang lebih baik dengan mencapai penggunaan semula sebanyak 14 kali pengukuran secara berterusan. Kajian sensor elektrokimia ini dengan sampel sebenar memberikan peratus perolehan semula MP yang baik dalam julat 83-107%. Biosensor enzim yang dibina untuk penentuan MP menggunakan konsep tindak balas enzim HBH dengan MP yang melibatkan koenzim β-nikotinamida adenina dinukleotida (NADH). Kajian awal telah dilakukan untuk meneliti pengaruh pelbagai bahan elektrokonduktif, contohnya rGO, karbon nanotiub multi-dinding (MWCNT), zarah nano emas (AuNPs) dan nanopartikel ferum (III) oksida (Fe2O3) ke atas rangsangan biosensor MP. Hasil kajian menunjukkan elektrod karbon bercetak skrin (SPE) terubahsuai zarah nano seperti SPE/MWCNT, SPE/AuNPs dan SPE/Fe2O3 sesuai untuk sistem biosensor berasaskan CNC-HBH dan NADH untuk pengesanan MP. Ketiga-tiga jenis elektrod enzim ini menunjukkan penurunan arus apabila kepekatan MP meningkat yang mengesahkan penglibatan NADH semasa tindak balas enzim-MP. Biosensor jenis SPE/MWCNT/CNC-HBH menunjukkan rangsangan linear dalam julat kepekatan 0.02–0.05 mM dengan LOD 0.018 mM manakala biosensor SPE/AuNPs/CNC-HBH menunjukkan julat linear 0.01–0.05 mM dengan LOD 0.010 mM. Biosensor berasaskan bahan Fe2O3 menunjukkan prestasi yang baik dengan julat linear yang lebih panjang sehingga 0.1 mM MP dan nilai LOD yang lebih rendah (0.001 mM). Biosensor SPE/Fe2O3/CNC-HBH juga menunjukkan kepekaan dan kepilihan yang baik dan tiada gangguan daripada asid salisilik dan asid benzoik berbanding dengan biosensor enzim yang menggunakan bahan berkonduktif yang lain. Sebagai kesimpulan, kajian ini dapat menyumbang maklumat baharu tentang penggunaan CNC sebagai bahan untuk sensor kimia dan biosensor MP. Sensor kimia dan biosensor baru juga dapat direka bentuk untuk tujuan menganalisis MP secara pantas dan mudah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D. |
Pages: | 202 |
Call Number: | TP248.65.C45W336 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_112360+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.46 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.