Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500259
Title: Pemetaan sesar major dan kedalaman kerak-mantel atas Semenanjung Malaysia menggunakan data satelit graviti dan magnet
Authors: Nurul Fairuz Diyana Bahrudin (P76899)
Supervisor: Umar Hamzah, Prof. Dr.
Keywords: Geology -- Malaysia
Pemetaan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Aug-2019
Description: Penafsiran geologi struktur Semenanjung Malaysia telah dilakukan dengan menggunakan kaedah graviti dan magnet berdasarkan data satelit dan aeromagnet. Tujuan kajian adalah untuk memetakan jalur sesar major serta retakan; menentukan anggaran kedalaman dan kemiringan sesar di bawah permukaan bumi dan menentukan ketebalan lapisan kerak dan mantel yang disempadani oleh ketakselarasan Conrad dan Mohorovicic. Data diproses dengan menggunakan perisian Oasis Montaj dengan teknik penapisan seperti penapisan laluan tinggi dan rendah, terbitan mendatar jumlah (THD), terbitan menegak jumlah (TVD), terbitan sudut kemiringan (TDR) dan terbitan mendatar sudut kemiringan (TDX). Seterusnya teknik penyongsangan Dekonvolusi Euler telah dilakukan. Teknik ini telah berjaya mencerap serta memetakan sesar-sesar major yang terletak di antara jalur granit dan metasedimen di bahagian tengah Semenanjung Malaysia iaitu sesar Bok Bak, Kuala Lumpur, Bukit Tinggi, Seremban, Mersing, Lepar dan Lebir. Penemuan utama penafsiran graviti ini adalah lokasi sempadan yang memisahkan antara Jalur Barat dan Timur iaitu Sutura Raub-Bentong. Teknik penyongsangan graviti Euler 3D pula telah menghasilkan keratan rentas subpermukaan untuk penganggaran purata kedalaman dan kemiringan sesar. Data juga telah digunakan untuk menentukan ketebalan kerak dan mantel atas dengan teknik analisis kuasa spektrum. Semua maklumat yang diperolehi telah digunakan sebagai input dalam pemodelan bahan dan struktur subpermukaan menggunakan teknik GMSYS 2D. Kewujudan tiga jalur tektonik iaitu Jalur Timur, Barat dan Tengah dapat dicirikan dengan baik menggunakan data graviti. Kedudukan jalur timah dan emas pula dapat ditunjukkan melalui analisis penapisan menggunakan data magnet Walau bagaimana pun, teknik satelit graviti dan magnet dapat mencirikan lokasi taburan mineral terutamanya bijh besi yang terdapat di Bukit Besi, emas di Kuala Lipis dan bijih timah di Lembah Klang dan Ipoh. Selain itu, hasil penapisan laluan tinggi data graviti dan magnet telah dapat menemukan lokasi jalur tektonik dan jalur timah serta emas dengan baik. Pola sesar major dan lineamen juga dapat ditonjolkan hasil analisis penapisan. Lineamen yang diperolehi hasil analisis pemetaan Dekonvolusi Euler 3D, menunjukkan tindanan yang hampir tepat dengan kedudukan zon sesar major seperti Bok Bak, Kuala Lumpur, Mersing, Lepar, Ruok dan Galas disamping sebahagian daripada zon Sutura Raub-Bentong. Manakala keratan rentas Euler 3D telah berjaya menentukan kedalaman dan kemiringan sesar besar. Hasil analisis kuasa spektrum telah dapat menganggarkan ketebalan bahan batuan dasar, kerak atas-bawah serta sebahagian dari mantel atas yang dipisahkan oleh ketakselarasan Conrad dan Mohorovicic pada kedalaman disekitar 18-26 km dan 30-42 km. Permodelan GMSYS 2D yang dilakukan pada lima keratan rentas dapat mencirikan empat kelompok bahan bumi utama seperti batuan dasar yang terdiri daripada enapan Paleozoik-Mesozoik dan rejahan granit; lapisan kerak atas, kerak bawah dan mantel atas termasuk kedudukan sesar utama. Ketebalan batuan dasar adalah disekitar 3-10 km, manakala kedalaman bagi lapisan ketakselarasan Conrad yang memisahkan antara kerak bawah dan atas adalah disekitar 16-26 km. Ketakselarasan Mohorovicic adalah dianggarkan pada kedalaman 30-42 km dalam bumi yang memisahkan kerak bawah dan bahan mantel atas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 239
Call Number: QE299.5.N837 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112358+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.