Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500243
Title: Rawatan tanah jerlus di kawasan penanaman padi menggunakan bahan pembaik pulih organik
Authors: Muhammad Rendana (P89046)
Supervisor: Wan Razi Mohd Idris, Dr.
Keywords: Tanah jerlus
Kawasan penanaman padi
Bahan pembaik pulih
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Jun-2019
Description: Salah satu punca utama penurunan pengeluaran beras di Negara ini ialah disebabkan oleh penurunan kualiti tanah. Tanah jerlus adalah suatu masalah penurunan kualiti tanah yang terjadi di kawasan penanaman padi. Ia dicirikan oleh nilai kekuatan struktur lapisan keras tanah (hardpan) yang rendah, yang menyebabkan tanah tersebut tidak mampu menampung berat jentera yang bekerja di atasnya. Nilai kekuatan tanah yang rendah ini boleh ditingkatkan menggunakan bahan pembaik pulih tanah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sifat asas tanah jerlus seperti fiziko-kimia, kandungan mineral, mikro struktur dan kekuatan tanah daripada kesan rawatan menggunakan bahan pembaik pulih tanah. Bahan pembaik pulih tanah yang digunakan dalam kajian ini ialah HTOC (Hasil Tani Organic Compound) yang ditabur ke atas tanah dengan dos 0.25 t ha-1. Sebanyak lima plot sawah yang terdiri daripada Plot C (kawalan), AS1, AS2, AS3 dan AP1 (rawatan) telah dipilih sebagai plot kajian yang terletak di kawasan Alor Senibong dan Alor Pudak dan telah dilakukan aktiviti persampelan iaitu pada masa sebelum dan selepas penambahan HTOC. Hasil kajian mendapati penggunaan 0.25 t ha-1 HTOC ke atas tanah jerlus telah berjaya meningkatkan nilai sifat kimia tanah seperti pH tanah, kepekatan kation boleh tukar ganti K+, Ca2+ dan Mg2+, KPK, kandungan nutrien tersedia (K, Ca, Mg dan P), jumlah karbon dan nitrogen kepada tahap yang sesuai untuk penanaman padi. Hasil kajian juga menunjukkan kesan yang positif terhadap sifat fizikal tanah seperti bahan organik, kekonduksian hidraulik, kestabilan agregat, ketumpatan pukal dan taburan saiz partikel selepas dirawat HTOC. Nilai kekuatan tanah pada semua plot terawat juga didapati telah meningkat lebih besar daripada 0.40 MPa. Tanah terawat mempunyai jumlah mineral lempung (smektit) yang lebih tinggi berbanding dengan tanah kawalan. Tanah jerlus terawat boleh dicirikan dengan wujudnya pembentukan agregat atau flokulasi antara partikel lempung, yang menunjukkan struktur tanah telah menjadi lebih kukuh dan stabil. Selain itu, plot rawatan tanah + HTOC 1 t ha-1 menunjukkan dos pengoptimuman yang terbaik untuk rawatan tanah jerlus, kerana ia berjaya meningkatkan tahap kualiti tanah jerlus yang lebih baik berbanding dengan rawatan-rawatan dos yang lainnya. Seterusnya, hasil pemetaan tanah jerlus selepas dirawat HTOC di kawasan kajian mendapati 57.5% kawasan di Alor Senibong berada pada kelas 5 (> 0.80 MPa), 22.5% pada kelas 4 (0.6-0.8 MPa), 15% pada kelas 2 (0.2-0.4 MPa) and 5% pada kelas 3 (0.4-0.6 MPa). Di Alor Pudak pula, didapati 75.6% kawasan berada pada kelas 3 (0.4-0.6 MPa), 22.1% pada kelas 4 (0.6-0.8 MPa) dan 2.3% pada kelas 5 (> 0.8 MPa). Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa HTOC mempunyai potensi bagi membaik pulih tanah jerlus di kawasan kajian dengan meningkatkan tahap kualiti tanah dan kesuburan tanah tersebut.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 295
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112335+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.