Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500240
Title: Hubungkait faktor psikososial dan kecederaan pekerjaan dalam kalangan staff industri penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Authors: Mohd Izham Mohd Zain (P74117)
Supervisor: Faizal Mohamed, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pengangkutan udara
Tekanan psikososial
Kecederaan pekerjaan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Aug-2019
Description: Pengangkutan udara dilihat amat berkesan untuk memenuhi tuntutan globalisasi dan liberalisasi ekonomi kerana kemampuannya menghubungkan manusia melepasi sempadan geopolitik dalam tempoh masa yang cepat dan selamat untuk digunakan. Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (1997 – 2030) adalah bukti kesungguhan kerajaan Malaysia untuk melestarikan kekuatan ekonomi dan pembangunan negara. Komitmen dan kemampuan pekerja industri ini dalam melaksanakan tugasan amat penting bagi menjamin kemampuan untuk berdaya saing. Tuntutan ini telah mewujudkan tekanan psikososial di tempat kerja dan menyumbang kepada kecederaan berkaitan pekerjaan di kalangan kakitangan industri ini. Kajian ini dilakukan bagi menilai perhubungan antara faktor psikososial dan kecederaan berkaitan pekerjaan di kalangan kakitangan penerbangan. Kajian ini dijalankan secara keratan rentas menggunakan borang soal selidik merangkumi pengukuran tahap kemurungan (PHQ – 9), kesediaan fizikal (LASER), kepercayaan mengelak disebabkan takut ('Fear avoidance belief') dan bahagian kecederaan badan (NORDIC). Seramai 195 kakitangan yang menerima rawatan di Pusat Perubatan Malaysia Airlines Berhad (MAB) disebabkan oleh kecederaan berkaitan pekerjaan terlibat pada kajian ini. Seramai 103 (52.8%) adalah lelaki dan perempuan (47.2%) dengan purata umur kesemua responden dan pengalaman kerja mereka adalah 34.2 (±7.3) dan 9.8 (±7.5) tahun masing – masing. Majoriti kakitangan (n=61) adalah dari kategori pekerjaan pengendali bagasi. Sifat tugas adalah pelbagai, 37.9% adalah bertugas di hadapan paparan skrin, 15.4% melakukan aktiviti mengangkat dan menolak objek berat. Kecederaan di bahagian pinggang dan leher adalah paling ramai, mewakili sebanyak 41% dan 22% masing - masing. Seramai 50% alami kekerapan ketidakselesaan antara 1-3 kali dalam sebulan dan 67% merasakan tahap ketidakselesaan yang sederhana dan tidak mengganggu aktiviti harian. Terdapat perkaitan yang signifikan antara tahap kemurungan dan kategori pekerjaan (p<0.01 φc=0.24), kepercayaan mengelak kerana takut dengan sifat pekerjaan dan kategori pekerjaan (p<0.01 φc=0.28), (p<0.01 φc=0.26). Kemurungan yang dialami adalah pada kategori pekerjaan yang memerlukan kepada kekuatan fizikal dan mengekalkan posisi badan yang statik bagi tempoh masa panjang. Ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan badan dalam memenuhi tuntutan tugasan. Malahan, perasaan takut cedera telah mengakibatkan mereka hilang keyakinan diri untuk bertugas dan terlalu berhati – hati dalam melaksanakan tugasan. Latihan kesihatan berkaitan pekerjaan adalah langkah proaktif dalam menangani kecederaan berkaitan pekerjaan ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Ph.D.
Pages: 187
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_112331+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.