Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500227
Title: Kesan ekstrak akues daun Ficus carica terhadap kesuburan dan libido serta proteomik sperma tikus jantan diabetes teraruh streptozotocin
Authors: Umarqayum Abu Bakar (P89758)
Supervisor: Mahanem Mat Noor, Prof. Madya Dr.
Keywords: Ficus carica
Pokok tin
Streptozotocin
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 27-Jun-2019
Description: Pokok Ficus carica atau lebih dikenali sebagai pokok tin merupakan tumbuhan yang telah digunapakai oleh masyarakat terdahulu sebagai herba dalam perubatan tradisional. Tumbuhan ini berpotensi merawat pelbagai penyakit kerana mempunyai nilai terapeutik seperti anti-hiperglisemia, anti-hiperlipidemia, anti-hiperkolestrolimia dan anti-diabetes. Kajian ini bertujuan untuk menentusahkan kesan anti-hiperglisemia F. carica dan mengkaji kesannya dalam memperbaiki parameter kesuburan tikus jantan teraruh diabetes. Tikus jantan Sprague Dawley yang digunakan dalam kajian ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan I (n=20) yang diberikan rawatan 14 hari dan kumpulan II (n=20) yang diberikan rawatan 21 hari. Setiap kumpulan terdiri dari empat subkumpulan iaitu tiga kumpulan kawalan yang terdiri daripada kawalan normal, negatif (tikus diabetes tanpa rawatan) dan positif (tikus diabetes dengan rawatan metformin) serta satu kumpulan tikus diabetes yang diberi rawatan ekstrak F. carica dengan dos 400 mg/kg. Tikus kumpulan I dikorbankan pada hari ke-15, sementara tikus kumpulan II dikorbankan pada hari ke-22 untuk analisis parameter kajian. Hasil kajian mendapati penurunan aras glukosa darah dan peningkatan kualiti sperma yang signifikan telah ditunjukkan oleh kumpulan F. carica berbanding kumpulan kawalan negatif selepas perlakuan selama 14 dan 21 hari. Analisis hormon testosteron juga menunjukkan peningkatan yang ketara pada kumpulan perlakuan F. carica berbanding kawalan negatif bagi kedua-dua tempoh kajian. Terdapat penambahbaikan pada histologi testis kumpulan perlakuan F. carica berbanding kawalan negatif seperti lumen tubul seminiferus yang padat dengan spermatozoa. Ujian libido untuk tempoh perlakuan 14 dan 21 hari masing-masing juga menunjukkan F. carica telah meningkatkan frekuensi pemanjatan serta mengurangkan tempoh latensi pemanjatan dengan signifikan berbanding kawalan negatif. Seterusnya, analisis proteomik sperma menunjukkan bahawa terdapat peningkatan ekspresi protein sperma yang bertanggungjawab dalam sistem reproduktif pada kumpulan F. carica berbanding kawalan negatif dan positif. Kesimpulannya, hasil kajian ini membuktikan bahawa perlakuan dengan ekstrak F. carica mampu mengawal diabetes dan sekaligus meningkatkan parameter kesuburan dan libido tikus jantan teraruh diabetes.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah,Sarjana Sains
Pages: 161
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111713+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.