Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500211
Title: Kesan pembalakan ke atas persekitaran komuniti pokok, takungan dan pembebasan karbon dalam hutan pengeluaran terpilih di Pahang, Semenanjung Malaysia
Authors: Azian Mohti (P70203)
Supervisor: Mohd Nizam Mohd Said, Prof. Dr.
Keywords: Forest conservation -- Malaysia
Lumber trade -- Environmental aspects -- Malaysia
Logging -- Environmental aspects -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Feb-2019
Description: Aktiviti pembalakan di hutan pengeluaran Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan preskripsi Sistem Pengurusan Memilih (SMS) yang menekankan kepada pembalakan kurang berimpak (RIL), bagi membolehkan kitaran pembalakan semula selepas 30 tahun pembalakan dapat dijalankan. Bagaimanapun, sistem pengurusan ini kerap menyebabkan kerosakan kepada sebahagian dirian hutan yang tinggal, mengakibatkan hutan tidak berupaya untuk pulih bagi kitaran tebangan seterusnya. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menilai kesan preskripsi Sistem Pengurusan Memilih (SMS) kepada dirian hutan pada keadaan sebelum dan selepas aktiviti pembalakan mengikut tempoh tahun tebangan dan mengikut kaedah pembalakan yang berbeza iaitu kaedah Pembalakan Kurang Berimpak (RIL) dan kaedah Pembalakan Berimpak Rendah (LIL). Kaedah RIL dan LIL berasaskan kepada preskripsi SMS tetapi hanya penggunaan mesin yang berbeza, di mana kaedah RIL menggunakan traktor rangkak dan lori win, manakala kaedah LIL menggunakan mesin traktor pembalak Rimbaka. Penilaian dilakukan melalui pemerhatian terhadap parameter komposisi dan struktur dirian pokok; perubahan stok karbon serta perubahan sifat fizikal dan kimia tanah di dalam hutan pengeluaran di Hutan Simpan Ulu Jelai, Pahang. Kajian juga melihat kepada pelepasan karbon daripada pembalakan yang melibatkan dua kaedah pembalakan berbeza iaitu kaedah Pembalakan Kurang Berimpak (RIL) dan kaedah Pembalakan Berimpak Rendah (LIL). Plot-plot kajian diwujudkan dan bancian pokok dijalankan ke atas semua pokok berdiameter pada paras dada (DBH) 10 cm dan ke atas yang hadir dalam plot kajian. Sampel tanah lapisan atas (0-30 cm) diambil untuk tujuan analisis ciri-ciri fizikal dan kimia tanah. Maklumat berkaitan biojisim atas tanah, biojisim bawah tanah, sarap daun, pokok mati dan bahan organik tanah diperolehi bagi menentukan stok lima takungan karbon. Hasil bancian pokok mendapati bahawa preskripsi SMS yang diguna pakai memperlihatkan keupayaan hutan untuk pulih kembali selepas 30 tahun, dan seterusnya bersedia untuk ditebang bagi kali kedua. Ini digambarkan melalui perubahan komposisi dan struktur dirian yang menghampiri kepada keadaan hutan yang telah terpulih di mana luas pangkal, isipadu dirian dan biojisim memberikan nilai pertambahan yang tinggi berbanding selepas pembalakan dijalankan. Kaedah pembalakan berbeza antara RIL dan LIL pula menunjukkan bahawa LIL berupaya mengurangkan kehilangan kekayaan spesies dan mengurangkan kerosakan dirian berbanding kaedah RIL. Analisis tanah pula menunjukkan keseluruhan kawasan kajian didominasi oleh jenis lom liat dengan ciri tanah berasid. Lima takungan karbon bagi kawasan kajian mengikut tempoh tahun selepas pembalakan menunjukkan nilai yang berbeza antara setiap takungan tersebut, yang memperlihatkan peningkatan takungan karbon seiring dengan tempoh tahun selepas pembalakan. Jumlah faktor pelepasan karbon (TEF) daripada aktiviti pembalakan yang diperolehi bagi kawasan RIL dan LIL dengan nilai masing-masing 78.69 tC/ha dan 29.09 tC/ha menggambarkan kaedah LIL berupaya mengurangkan pembebasan karbon ke atmosfera daripada aktiviti pembalakan. Berdasarkan hasil kajian, beberapa syor dan idea terhadap aktiviti pembalakan telah dikemukakan bagi memelihara ekosistem hutan dalam mencapai pengurusan hutan yang mampan.,Ph.D.
Pages: 291
Call Number: SD414.M4A995 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110614+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.