Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500208
Title: | Kajian prestasi pengumpul suria menggunakan kanta fresnel untuk kegunaan sistem pengeringan |
Authors: | Idris Zulkifle (P76795) |
Supervisor: | Mohd Hafidz Hj Ruslan, Prof. Dr. |
Keywords: | Solar dryers Solar dryers -- Environmental aspects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Feb-2019 |
Description: | Satu sistem pengering suria mudah alih telah dibina dan diuji di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan rekabentuk sistem pengering suria yang boleh membekalkan suhu sekitar 40 °C hingga 60 °C untuk kegunaan penduduk luar bandar. Sistem pengering suria yang dibina ini terdiri daripada pengumpul suria, kipas dan kebuk pengeringan. Pengumpul suria yang digunakan dalam uji kaji ini adalah pengumpul suria alur V yang menggunakan kanta fresnel sebagai penutup. Bagi mendapatkan rekabentuk yang optimum dan anggaran prestasi pengumpul, analisis model matematik bagi pengumpul dibangunkan menggunakan perisian microsoft excel untuk melihat perbandingan prestasi pengumpul suria antara kaca dan kanta fresnel sebagai penutup. Hasil daripada analisis model dan kajian eksperimen menggunakan simulator suria di dalam makmal dibandingkan. Berdasarkan pengiraan model matematik dan ujikaji makmal, kecekapan pengumpul suria menggunakan kanta fresnel sebagai penutup ini mempunyai kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kaca sebagai penutup pada aliran udara sekitar 0.0087 kg/s hingga 0.045 kg/s dengan keamatan 472 W/m2 hingga 755 W/m2. Selepas selesai ujikaji pengumpul suria di makmal, sistem pengering suria dibina dan diuji untuk pengeringan asam gelugur (garcinia atroviridis). Garcinia atroviridis yang digunakan mempunyai kandungan air sekitar 90% pada asas basah dikeringkan menggunakan sistem pengering suria mengambil masa selama 11 jam untuk dikeringkan. Hasil daripada analisis yang dijalankan, purata kecekapan pengumpul semasa pengeringan adalah 30.59%. Purata suhu kebuk yang dicapai pula adalah sekitar 42.12 oC dan purata kelembapan sekitar 40.25%. Suhu keluar maksimum yang diperolehi daripada pengumpul semasa pengeringan adalah 77.22 oC pada purata keamatan suria 685.39 W/m2. Keliangan sampel yang dikeringkan dan sampel yang diperolehi daripada pasaran dilihat menerusi instrumen imbasan elektron mikroskopi. Pemerhatian mendapati bahawa keliangan bagi sampel yang dikeringkan menggunakan sistem suria adalah lebih besar dan banyak berbanding dengan asam gelugur di pasaran. Ini menunjukkan pengeringan yang dijalankan adalah kering sehingga bahagian dalam berbanding dengan sampel dipasaran. Secara pemerhatian, warna pada asam gelugur juga adalah lebih menarik dan bersih.,Ph.D. |
Pages: | 125 |
Call Number: | TP363.I337 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110610+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.8 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.