Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500182
Title: Perbandingan ciri anatomi, komposisi kimia dan potensi antioksidan minyak pati Pogostemon (Lamiaceae) di Indonesia
Authors: Amalia Rusydi Yusuf (P48815)
Supervisor: Noraini Talip, Prof. Madya Dr.
Keywords: Lamiaceae -- Indonesia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 11-May-2018
Description: Kajian anatomi dan komposisi kimia minyak pati telah dijalankan ke atas tiga spesies Pogostemon (Lamiaceae) iaitu P. cablin (Blanco) Benth., P. hortensis Backer ex Adelb. dan P. heyneanus Benth. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan ciri-ciri anatomi dan mikromorfologi terutamanya jenis dan kedudukan kelenjar penghasil minyak pati daripada daun dan batang spesies kajian. Ciri anatomi variasi dan diagnostik juga akan digunakan untuk pengecaman dan pembezaan ketiga-tiga spesies kajian. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti kandungan komposisi kimia serta potensi antioksidan ketiga-tiga spesies tersebut. Kajian anatomi melibatkan kaedah hirisan mikrotom gelongsor (ciri anatomi petiol, lamina, tulang daun, tepi daun, batang), kaedah penjernihan (ciri anatomi peruratan daun) dan kaedah siatan epidermis (ciri anatomi epidermis daun). Kaedah kajian mikromorfologi menggunakan kaedah cerapan permukaan epidermis adaksial dan abaksial serta batang menggunakan mikroskop imbasan elektron model Zeiss Supra 55VP dan dianalisis menggunakan perisian SmartSEM. Kajian fitokimia pula melibatkan kaedah penyulingan air (hidrodistilasi) menggunakan set peralatan Clavenger dan pengecaman sebatian kimia dengan kaedah KG-SJ (GC-MS) model GC-MS Hewlett 5890 Packard series II. Manakala penentuan aktiviti antioksidan dijalankan dengan menggunakan kaedah TPC, FRAP dan DPPH. Hasil kajian ciri anatomi dan mikromorfologi menunjukkan kehadiran ciri umum, variasi dan diagnostik yang boleh digunakan untuk pembezaan dan pengecaman ketiga-tiga spesies yang dikaji. Corak dinding antiklin, kehadiran stomata, trikom, sel rembes, kehadiran dan jenis hablur, susunan berkas vaskular lamina daun, bentuk tepi daun, lapisan kolenkima dan corak tisu vaskular petiol dan bentuk batang serta susunan tisunya merupakan ciri sepunya bagi ketiga-tiga spesies Pogostemon kajian. Terdapat beberapa ciri variasi yang boleh digunakan untuk membezakan ketiga-tiga spesies iaitu kedudukan dan jenis stomata, jenis trikom, kehadiran dan kedudukan koleter, kedudukan struktur sel perembes dalaman, bentuk luaran dan corak tisu vaskular tulang daun dan jenis peruratan daun. Kehadiran corak dinding antiklin sinuos pada kedua-dua permukaan epidermis dan stomata jenis anomositik merupakan ciri diagnostik bagi spesies P. hortensis. Kehadiran sel sklerenkima pada berkas vaskular daun dan jenis trikom digitiformis, filiformis dan fusiformis merupakan ciri diagnostik bagi P. cablin. Hasil penyulingan minyak pati menunjukkan bahagian daun P. cablin menghasilkan kuantiti minyak pati yang paling tinggi iaitu 4.50g/1000g sampel segar dan batang P. hortensis menghasilkan minyak pati yang paling rendah iaitu 0.20 g/889.5 g sampel segar. Analisis GC-MS menunjukkan sebanyak 18 sebatian dikenalpasti daripada P. cablin (14 sebatian daripada daun dan 12 sebatian daripada batang), 18 sebatian daripada P. hortensis (14 sebatian daripada daun dan 12 sebatian daripada batang) dan sebanyak 27 sebatian daripada P. heyneanus (22 daripada daun dan 23 daripada batang). Perbandingan komposisi minyak pati daripada ketiga-tiga spesies kajian menunjukkan variasi, namun patchouli alkohol merupakan sebatian utama yang sama yang dijumpai daripada minyak pati ketiga-tiga spesies kajian. Jumlah kandungan fenolik bervariasi iaitu 1693.08 ± 152.51 - 4101.89 ± 408.61 mg GAE/g berat sampel. Radikal bebas DPPH menunjukkan julat 34.55±3.3 - 83.41±0.56 dan FRAP dari 537.73±1048 - 876.38±12.88 mg TE/100 g berat sampel. Kesimpulannya kajian ini membuktikan bahawa penggunaan ciri anatomi dan mikromorfologi boleh membantu untuk membezakan ketiga-tiga spesies Pogostemon. Kehadiran trikom berkelenjar berkait rapat dengan penghasilan minyak pati. Minyak pati daripada ketiga-tiga spesies ini boleh menjadi sumber antioksidan semulajadi, khususnya minyak pati daripada batang P. heyneanus dan daun P. hortensis yang mempunyai aktiviti antioksidan paling tinggi dan berpotensi untuk dimanfaatkan dalam industri perubatan dan pemakanan, manakala P. cablin lebih berpotensi untuk dikomersilkan dalam industri minyak wangi.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 197
Call Number: QK495.L25A463 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109855+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
950.1 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.