Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500180
Title: Kepelbagaian dan ekologi rumpai laut di perairan Johor dan kelimpahan serta aktiviti antibakteria kulat endofit daripada rumpai laut terpilih
Authors: Nur Farah Ain Zainee (P76870)
Supervisor: Ahmad Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Marine algae -- Malaysia
Endophytic fungi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Sep-2018
Description: Kajian ini merangkumi dua bahagian iaitu kepelbagaian rumpai laut dan kelimpahan kulat endofit yang dipencil daripada rumpai laut terpilih. Hasil kajian merekodkan sebanyak 71 spesies rumpai laut terdapat di empat jenis pantai yang berbeza di perairan Johor. Nilai kekayaan spesies tertinggi dicatatkan di pantai berpasir dan berbatu iaitu sebanyak 1.1780 dan 1.0931, diikuti pantai berlumpur (0.5789) dan pantai berbakau (0.3220). Pantai berbatu juga merekodkan nilai keseragaman spesies yang tertinggi iaitu 0.6264. Kebanyakan alga hijau ditemui pada semua jenis pantai dengan peratusan relatif yang tinggi bagi kekerapan (74.01%) dan perlitupan (73.60%). Chaetomorpha spp. direkodkan sebagai spesies kosmopolitan yang mendominasi kesemua jenis pantai. Selain itu, terdapat beberapa spesies yang ditemui hadir pada habitat yang spesifik, iaitu Catenella nipae yang hidup secara eksklusif di kawasan berbakau. Bagi pantai berbatu, Gracilaria salicornia hadir sebagai spesies yang dominan dengan perlitupan dan kekerapan tertinggi iaitu 25.14 dan 46.5. Berbeza pula dengan pantai berpasir dan berlumpur yang didominasi secara keseluruhannya oleh Chaetomorpha spp. namun Padina minor didapati kerap hadir di persekitaran berpasir. Data analisis CCA menunjukkan kandungan nitrat dan pH sangat mempengaruhi kepelbagaian dan taburan hampir keseluruhan rumpai laut, manakala hanya beberapa spesies sahaja yang sensitif terhadap perubahan suhu dan saliniti air laut. Kulat endofit yang berjaya dipencil daripada rumpai laut terpilih ialah sebanyak 39 takson dimana Ascomycota merekodkan jumlah genus yang tertinggi iaitu 7 diikuti dengan Oomycota (2 genera) dan Zygomycota (2 genera). Rumpai laut yang mencatatkan jumlah kulat endofit tertinggi adalah Ulva lactuca, Gracilaria salicornia, Sargassum polycystum dan S. oligocystum yang masing-masing merekodkan 20, 16, 15 dan 15 takson. Kulat endofit Genus Aspergillus mencatatkan kelimpahan spesies tertinggi yang merangkumi A. niger, A. oryzae, A. terreus dan A. fumigatus. Selain Aspergillus, Penicillium juga merupakan kulat endofit yang ditemui dengan kekerapan tertinggi. Kajian ini telah membuktikan bahawa kulat endofit daripada rumpai laut sangat berpotensi dijadikan sebagai agen antibakteria. Pythium sp. didapati mampu menghapus dan merencat pertumbuhan kesemua bakteria patogen. Spesies endofit ini muncul sekali sahaja semasa pemencilan serta eksklusif kepada rumpai laut hijau, Ulva lactuca. Selain Pythium sp., kulat endofit lain yang rintang terhadap bakteria patogen ialah Trichoderma viride, Fusarium solani dan Penicillium citrinum. Bakteria patogen ditemui sensitif terhadap kehadiran P. ruben, Cunninghamella sp., Aspergillus flavus, F. oxysporum, A. terreus, A. fumigatus, A. nidulans dan P. notatum. Keseluruhannya, kajian ini berjaya merekodkan rumpai laut yang hadir secara spesifik di setiap jenis pantai. Terdapat rekod baru rumpai laut bagi negeri Johor iaitu C. laciniata dan M. rosea yang ditemui di Pengerang. Bagi kulat endofit pula, Genus Aspergillus dan Penicillium didapati kerap ditemui dalam rumpai laut, namun selebihnya dicadangkan sebagai rekod baru di Malaysia kerana masih kurang kajian yang dijalankan terhadap pencarian kulat endofit dalam rumpai laut. Secara spesifik, empat endofit yang berpotensi tinggi menghasilkan bahan antibakteria ialah Pythium sp., Trichoderma viride, Fusarium solani dan Penicillium citrinum. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menyenaraikan kepelbagaian rumpai laut dan kelimpahan kulat endofit, serta kulat endofit yang sangat berpotensi menghasilkan bahan antibakteria.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 368
Call Number: QK570.2.N837 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109853+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.