Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500177
Title: Kajian tahap kefahaman pelaksanaan rekabentuk dan kemudahan, pengenalpastian dan analisis bahaya, dan penentuan titik kawalan kritikal (CCP) di kalangan industri, perunding dan pihak berkuasa
Authors: Mohd Bakri Jali (P59778)
Supervisor: Maaruf Abdul Ghani, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hazard Analysis and Critical Control Point (Food safety system)
Food industry and trade -- Quality control
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2018
Description: Pelaksanaan HACCP amat bergantung kepada keberkesanan amalan GMP dan pelan HACCP yang dibangunkan. Kefahaman amalan GMP dan pelan HACCP akan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan HACCP dan seterusnya menjamin keselamatan produk yang dihasilkan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman keperluan GMP (E1): Rekabentuk dan Kemudahan, Prinsip 1 HACCP (P1): Pengenalpastian dan Analisis Bahaya dan Prinsip 2 HACCP (P2): Penentuan CCP di kalangan industri, perunding dan pihak berkuasa di Malaysia. Seramai 96 responden yang terlibat dalam kajian yang masing-masing terdiri daripada 32 responden industri, perunding dan pihak berkuasa. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pengelasan tahap kefahaman ditentukan melalui jadual yang dibangunkan dan dikelaskan kepada rendah, sederhana dan tinggi. Keputusan kajian bagi keperluan rekabentuk dan kemudahan, didapati berlaku 7 tahap kefahaman yang rendah dan 13 sederhana. Tahap kefahaman yang rendah dan sederhana di kalangan kumpulan responden boleh dibahagikan kepada lokasi, jenis bahan binaan, spesifikasi, rekabentuk dan ciri-ciri binaan, dan prosedur proses kerja. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat 16 perbezaan signifikan (p<0.05) tahap kefahaman di kalangan kumpulan responden untuk rekabentuk dan kemudahan. Pihak yang menunjukkan tahap kefahaman yang rendah dan sederhana tertinggi kepada keperluan rekabentuk dan kemudahan adalah pihak berkuasa. Hasil kajian juga telah mengenalpasti 10 tahap kefahaman yang rendah dan 17 sederhana untuk pengenalpastian dan analisis bahaya. Keperluan yang menyumbang kepada tahap kefahaman rendah dan sederhana yang tinggi ialah langkah awalan dan pengenalpastian bahaya. Terdapat 3 perbezaan signifikan (p<0.05) dalam pengenalpastian dan analisis bahaya. Kumpulan responden yang menyumbang kepada tahap kefahaman rendah dan sederhana tertinggi ialah industri. Dapatan kajian telah mengenalpasti 4 tahap kefahaman yang rendah dan 5 tahap kefahaman sederhana dalam penentuan CCP. Semua aspek tahap kefahaman yang rendah dan sederhana yang dikenalpasti adalah berkaitan langsung dengan penggunaan pohon keputusan. Didapati 1 perbezaan signifikan (p<0.05) tahap kefahaman dalam penentuan CCP dan pihak industri merupakan kumpulan responden yang paling bermasalah di dalam penentuan CCP. Sebagai kesimpulan, hasil kajian keseluruhan jelas menunjukkan terdapat tahap kefahaman yang rendah dan sederhana atau berlakunya kekeliruan kepada keperluan rekabentuk dan kemudahan, pengenalpastian dan analisis bahaya dan penentuan titik kawalan kritikal (CCP) di kalangan kumpulan responden.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 442
Call Number: TX531.M833 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109851+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
973 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.