Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500147
Title: Aktiviti antivirus Eleusine indica (Sambau) terhadap virus herpes simplex jenis 1
Authors: Rashidah Iberahim (P72968)
Supervisor: Nazlina Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Herpes simplex virus
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Jan-2018
Description: Kajian ini bertujuan mengkaji aktiviti antivirus Eleusine indica (rumput sambau) terhadap virus herpes simplex jenis 1 (HSV-1). Rumput sambau kering diekstrak menggunakan pelarut metanol menghasilkan ekstrak metanol (EM) dan difraksi dengan 99 % etanol (fraksi etanol, FE), etil asetat (fraksi etil asetat, FEA), kloroform (fraksi klorofom, FK) dan heksana (fraksi heksana, FH). Dalam ujian saringan fitokimia, sebatian fitokimia pada EM, FE dan FEA tergolong daripada kumpulan flavonoid, triterpenoid, alkaloid, fenolik dan antrakuinon manakala fraksi lain hanya mengandungi steroid dan tannin. Kajian LCMS membuktikan EM kaya dengan bahan fitokimia dari sub kumpulan flavanoid dan fenolik. Kesemua EM dan fraksinya tidak menunjukkan kesan sitotoksik terhadap sel Vero dengan nilai sitotoksisiti (CC50) melebihi 0.01 mg/mL iaitu antara 1.50 sehingga 5.62 mg/mL. Nilai perencatan penghasilan plak (IC50) pula adalah pada julat kepekatan ekstrak 0.17 hingga 0.9 mg/mL. Nilai indeks pemilihan (SI) adalah serendah 3 bagi FE sehingga nilai tertinggi iaitu 12.2 oleh EM. Berdasarkan nilai SI EM, ianya telah dipilih untuk kajian mekanisma tindakan antivirus. Dalam asai pra rawat, sel vero dirawat dengan beberapa kepekatan EM sebelum jangkitan dan hasil menunjukkan nilai peratusan perencatan berkadar terus dengan kepekatan ekstrak. Keputusan yang sama ditunjukkan dalam asai pra rawat dengan nilai IC50 0.15 mg/mL. Asai virusidal membuktikan bahawa kesan virusidal EM wujud dan tidak dipengaruhi oleh faktor titer virus dan masa rawatan virus. Di bawah pemerhatian mikroskop elektron transmisi, EM telah memusnahkan sampul virus dan ini menerangkan perencatan penghasilan plak dalam asai virusidal. Hasil asai perlekatan dan asai kemasukan virus menunjukkan perencatan pada setiap kepekatan EM lebih dari 60 %. Ekstrak metanol juga telah merencat gB sewaktu perlekatan virus di bawah pemerhatian mikroskop berpendarfluor melalui pewarnaan imunositokimia terhadap glikoprotein yang terlibat. Jumlah virus yang berjaya melekat dan memasuki sel adalah rendah pada sampel dirawat berbanding jangkitan tanpa rawatan yang dipantau melalui sampel pembelahan nipis yang dapat menyokong keputusan asai yang berkaitan. Kesan pasca rawatan EM terhadap perencatan jangkitan HSV-1 dilanjutkan dengan asai masa penentuan aktiviti perencatan seperti asai masa penyingkiran dan asai masa penambahan dalam sela masa berbeza yang dirawat dengan 0.3 mg/mL EM. Dalam asai masa penambahan, sebanyak 65 % perencatan plak pada 0 jam pasca-jangkitan (jpj) menurun mendadak sehingga tiada perencatan berlaku selepas 10 jpj. Bagi asai masa penyingkiran, perencatan penghasilan plak meningkat sehingga 12 jpj (78 %). Perencatan plak menurun selepas 12 jpj dan meningkat semula selepas 22 jpj. Dalam analisis qRT-PCR, terdapat 3 gen virus terlibat iaitu gen UL54, UL30 dan UL27 dan gangguan pengekpresan gen masing-masing berlaku pada fasa berbeza. Perencatan gen UL54 berlaku pada fasa awal dan penghujung fasa lewat, perencatan gen UL30 pada fasa awal dan perencatan gen UL27 pada fasa paling awal dan fasa awal. Secara keseluruhan, tahap kebolehjangkitan progeni telah menurun dalam sampel jangkitan terawat berbanding sampel jangkitan tidak dirawat. Kesimpulannya, E. indica mempunyai kesan virusidal yang dapat membantu mengurangkan tahap kebolehjangkitan virus, membantu dalam menghalang sel Vero daripada dijangkiti HSV-1 serta merencat setiap fasa dalam kitaran replikasi virus dengan kesan khusus antivirus terhadap gB.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D.
Pages: 126
Call Number: QR400.2.H47R337 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108154+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.