Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500144
Title: | Kelaziman jangkitan, filogeni dan ko-evolusi endosimbion Wolbachia (Rickettsiales: Anaplasmataceae) dalam penyengat parasitoid opiinae (Hymenoptera: Braconidae) yang berasosiasi dengan buah belimbing (oxalides: Oxalidaceae) |
Authors: | Muhamad Azmi Mohammed (P78638) |
Supervisor: | Salmah Yaakop, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Wolbachia Lalat buah Belimbing Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-May-2018 |
Description: | Wolbachia (Rickettsiales: Anaplasmataceae) merupakan bakteria endosimbion yang berupaya untuk memanipulasi sistem pembiakan perumah yang dijangkiti. Sifat jangkitan ini berpotensi untuk meningkatkan bilangan individu betina spesies penyengat parasitoid Opiinae, sekaligus dapat diaplikasikan sebagai agen kawalan biologi bagi mengawal populasi spesies lalat buah Bactrocera. Kajian ini dijalankan adalah untuk 1) menentukan filogenetik molekul spesies penyengat parasitoid Opiinae dan perumah lalat buah Bactrocera menggunakan data jujukan COI, 2) menentukan kelaziman jangkitan Wolbachia dalam penyengat parasitoid Opiinae dan perumah lalat buah Bactrocera menggunakan Fluorescence in situ hybridization (FISH) dan penanda molekul ftsZ, 3) menentukan hubungan filogeni variasi tip Wolbachia yang menjangkiti penyengat parasitoid Opiinae menggunakan data jujukan groEL, gltA, wsp, dan gabungan ketiga-tiga jujukan dan 4) menentukan ko-evolusi jangkitan Wolbachia pada spesies penyengat parasitoid Fopius arisanus menggunakan pengandaian masa pencapahan dan analisis jaringan haplotip. Sebanyak 107 individu penyengat Opiinae dan 87 individu lalat buah Bactrocera disampel dari lima kawasan penanaman belimbing di Semenanjung Malaysia iaitu Kluang, Serdang, Sungai Baging, Lanchang dan Pulau Langkawi. Hasil pengecaman berjaya mengesahkan enam spesies penyengat parasitoid Opiinae iaitu F. arisanus, F. vandenboschi, Diachasmimorpha longicaudata, Psyttalia incisi, Psyttalia sp. 5MKC dan Psyttalia sp. SY2013; dan dua spesies lalat buah Bactrocera iaitu B. carambolae dan B. dorsalis. Penyengat parasitoid Psyttalia sp. 5MKC merupakan rekod terbaharu spesies penyengat parasitoid Opiinae yang berasosiasi dengan buah belimbing. Kadar jangkitan Wolbachia yang rendah direkodkan ke atas penyengat Opiinae (22.43%) dan tiada individu lalat buah yang didapati terjangkit dengan Wolbachia. Spesies F. arisanus merekodkan jumlah individu yang paling banyak terjangkit dengan Wolbachia (58.33%). Pohon filogeni Neighbor-Joining menggunakan data gabungan groEL, gltA dan wsp berjaya mengenalpasti sembilan tip Wolbachia (Tip 1-9). Merujuk topologi pohon filogeni wsp dan COI, sapuan terpilih belum berlaku ke atas populasi penyengat Opiinae dan disokong oleh umur jangkitan Wolbachia yang muda (≈0.1 juta tahun lalu). Pohon jam molekul menunjukkan F. vandenboschi adalah spesies penyengat terawal (≈0.1426 juta tahun lalu) dan F. arisanus pula spesies yang terkini (≈0.0008 juta tahun lalu) berasosiasi dengan Wolbachia. Menurut hasil analisis jaringan haplotip, enam jangkitan kendiri dengan satu terbitan atau mutasi dan dua insiden kehilangan sekunder telah direkodkan. Perkongsian haplotip tunggal (H_2) oleh individu F. arisanus dari lokaliti Langkawi dengan lokaliti lain mencadangkan sampel dari Langkawi berasal daripada tanah besar Semenanjung Malaysia. Hasil daripada kajian ini berpotensi untuk dibangunkan sebagai strategi yang berasaskan Wolbachia untuk diaplikasikan bagi mengawal populasi serangga perosak pada masa akan datang.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 229 |
Call Number: | QL568.B8M834 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108152+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.48 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.