Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500143
Title: | Sistematik molekul penyengat microgastrinae (Hymenoptera: Braconidae) di Semenanjung Malaysia |
Authors: | Ameyra Aman Zuki (P75355) |
Supervisor: | Salmah Yaakop, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Biology -- Classification -- Molecular aspects Microgaster -- Malaysia Hymenoptera -- Malaysia Braconidae -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Feb-2018 |
Description: | Microgastrinae merupakan penyengat parasitoid daripada famili Braconidae yang umumnya memparasit spesies Lepidoptera. Ciri biologi tersebut menjadikan spesies Microgastrinae berpotensi dijadikan agen kawalan biologi bagi mengawal populasi serangga perosak. Objektif kajian ini untuk 1) menyediakan jujukan DNA barkod spesies Microgastrinae dari Semenanjung Malaysia menggunakan data COI, 2) menentukan hubungan filogenetik Microgastrinae dari Semenanjung Malaysia menggunakan data 28S, 16S dan COI, 3) mengukur pencapahan masa molekul spesies Microgastrinae dari Semenanjung Malaysia menggunakan data 28S, 16S dan COI, 4) menentukan filogeni, pencapahan masa dan sejarah evolusi kumpulan spesies Apanteles menggunakan data 28S, 16S, COI dan Cyt B dan 5) mengkaji kehadiran Bracovirus ke atas spesies Microgastrinae melalui kajian histologi, koevolusi dan pengadaptasian Bracovirus menggunakan data Cystatin dan Histone H4. Pensampelan dijalankan di sembilan lokaliti di seluruh Semenanjung Malaysia. Kajian pengecaman secara molekul melibatkan analisis perbandingan BLAST dan BOLD, jarak genetik, Generalized Mixed Yule Coalescent (GMYC) dan pengiraan nilai ambang. Hasil pengecaman secara molekul terhadap 91 spesimen berjaya mengecamkan 42 molecular operational taxonomic unit (MOTU) daripada 15 genus dan daripada jumlah tersebut 87 individu berjaya dicamkan ke peringkat genus dengan kaedah GMYC. Kaedah filogeni melibatkan kriteria jarak, parsimoni dan likelihood berjaya membuktikan pembentukan monofiletik bagi suku Microplitini, Forniicini, Microgastrini dan Apanteliini selain pembentukan parafiletik bagi suku Cotesiini. Pengandaian waktu molekul menunjukkan subfamili Microgastrinae terbentuk pada ≈51.93±10 mya dengan suku Microplitini pada ≈29.74±10 mya, suku Microgastrini ≈24.16±10 mya dan suku Apantelini ≈45.83±10 mya. Kajian sistematik secara molekul untuk kumpulan spesies Apanteles menunjukkan lima kumpulan monofiletik bagi setiap kumpulan spesies dengan pembentukan kumpulan beradik untuk kumpulan spesies Merula dan Merope dengan sokongan butstrap sebanyak 98-99 %. Pengesanan endosimbion Bracovirus berjaya dijalankan menggunakan penanda molekul Cystatin dan imunofloresen histologi. Pembuktian koevolusi di antara Bracovirus dan spesies Cotesia dibuktikan menggunakan pohon filogeni 28S Cotesia dan CrV1 Bracovirus. Kawasan genetik Bracovirus Histone H4 berjaya membuktikan Bracovirus membantu dalam pengadaptasian Microgastrinae terhadap perumah Lepidoptera. Hasil kajian ini dapat menyumbang kepada pengesahan taksonomi dan sistematik Microgastrinae berasaskan dan sokongan data molekul yang sebelum ini masih tidak dapat disimpulkan berdasarkan data morfologi semata-mata.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Ph.D. |
Pages: | 263 |
Call Number: | QH83.A464 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108151+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.