Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500131
Title: Kajian punca pembentukan saliran lombong berasid di Bukit Besi dan penggunaan sisa industri sebagai bahan penjerap
Authors: Nuur Hani Mohammed (P68291)
Supervisor: Wan Zuhairi Wan Yaacob, Prof. Madya Dr.
Keywords: Acid mine drainage
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Aug-2017
Description: Saliran lombong berasid (SLB) berkait dengan kepekatan pelbagai logam berat seperti besi, plumbum, kuprum, zink, kadmium, mangan, nikel dan arsenik yang tinggi. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti ciri-ciri sisa industri sebagai bahan penjerap dan menilai tahap keberkesanan bahan sisa industri untuk merawat SLB. Pencirian bahan sisa industri melibatkan ujian luas permukaan spesifik (LPS), kapasiti pertukaran kation (KPK) dan analisis mineral dengan menggunakan teknik XRD dan XRF. Pengiraan asid-bes (ABA) merupakan ujian statik digunakan untuk meramal potensi pembentukan SLB. Ujian penjerapan berkelompok dan ujian tangki dilaksanakan untuk melihat keberkesanan abu terbang, sanga dan biojisim sebagai bahan penjerap dalam rawatan SLB. Hasil analisis air lombong menunjukkan air adalah berasid dengan nilai pH <3.5 dengan kepekatan Fe (822.03 mg/L) and sulfat (4455.87 mg/L) yang tinggi. Hasil ujian TCLP menunjukkan sisa lombong tidak melebihi tahap kawal selia yang dicadangkan oleh EPA yang memberi maksud sisa tidak dianggap bahaya. Pengiraan asid-bes batuan menunjukkan hasil yang amat ketara dengan potensi pengeluaran asid yang tinggi (9.5 hingga 155 kg CaCO3/tan). Dua faktor yang digunakan untuk menyiasat keupayaan penjerapan sisa industri ialah nilai pH dan kuantiti dos bagi logam terpilih (Pb, Cu dan Zn). Berdasarkan nilai kepekatan keseimbangan bagi faktor pH, abu terbang menunjukkan keupayaan penjerapan yang tinggi (99.89 %) untuk menjerap Pb pada nilai pH 5 berbanding sanggar dan biojisim Bahan sanga juga terbukti sebagai bahan penjerap terbaik untuk menjerap Cu (99.76 %) dan Zn (99.9 %) pada nilai pH 3. Faktor dos pula menunjukkan abu terbang sebagai bahan penjerap yang berkesan menjerap Pb (99.14 %) dengan nilai dos 0.5 g, manakala sanga berkesan menjerap Cu (99.82 %) dan Zn (99.46 %) pada nilai dos 0.75 g. Ujian tangki dengan menggunakan nisbah berbeza iaitu 1:20 dan 1:10 menunjukkan perubahan yang besar apabila sisa industri bersentuhan dengan larutan SLB yang berubah daripada fasa berasid (< pH 2.11) kepada fasa hampir neutral dan beralkali ( pH 6.8 hingga pH 8.61). Rawatan dengan abu terbang menunjukkan perubahan nilai pH sepanjang operasi dari nilai pH 2.11 kepada pH 7.09 (nisbah 1:20) dan pH 2.06 kepada pH 7.74 (nisbah 1:10), manakala sanga berubah dari pH 2.11 kepada pH 7.3 (nisbah 1:20) dan pH 2.06 kepada pH 8.61 (nisbah 1:10) dan abu biojisim berubah dari pH 2.11 kepada pH 6.8 (nisbah 1:20) dan pH 2.06 kepada pH 7.49 (nisbah 1:10). Pola penyingkiran logam berat daripada ujian rawatan menunjukkan keupayaan abu terbang untuk menyingkir Fe, Zn dan Cu sebanyak lebih 90 % pada hari ke-5 rawatan. Manakala sampel sanga berupaya menyingkirkan Pb (94 %) seawal hari ke-5 rawatan. Sebagai kesimpulan, keberkesanan sisa industri dalam turutan: abu terbang>sanga>biojisim mempunyai potensi yang besar untuk mengawal pencemaran SLB dengan kecekapan meneutralkan pH dan menjerap logam berat seterusnya dapat meningkatkan kualiti air.,Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah",Ph.D.
Pages: 272
Call Number: TD899.M5N887 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_106313+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.