Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500079
Title: Variasi PM10 komposisi kimia pemendapan basah ketika episod jerebu 1994 dan 2005 dengan paparan aplikasi GIS
Authors: Sophia Fuzya Faezah Mohd Fuzy (P64717)
Supervisor: Norela Sulaiman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Jerebu
Air -- Pollution -- Political aspects -- Southeast Asia
Issue Date: 1-Sep-2017
Description: Malaysia adalah antara negara di Asia Tenggara yang berdepan dengan masalah pencemaran udara akibat jerebu yang memasuki negara merentasi sempadan yang berasal daripada aktiviti pembakaran hutan di Sumatra, Indonesia. Permasalahan ynag telah menjadi rutin tahunan ini memberikan impak negatif yang signifikan kepada negara seperti sektor ekonomi, pelancongan, kesihatan manusia dan juga alam sekitar. Bersempena dengan itu, satu kajian berkaitan penentuan variasi dan kepekatan bahan pencemar PM10 dan komposisi kimia dalam air hujan ketika jerebu tahun 1994 dan 2005 telah dijalankan. Sebanyak lapan stesen pemantauan kualiti udara yang meliputi seluruh kawasan semenanjung telah dipilih. Spesies kimia dalam air hujan yang dominan adalah logam berat Fe, Zn, Pb, Mn, Cu, Ni, kation Mg2+, Na2+, K+, NH4+, Ca2+ dan juga anion SO42-, NO3-, Cl-. Selain itu, analisis juga dilakukan pada tahun tanpa jerebu bagi setiap episod iaitu 1993 dan 2004 bagi kajian perbandingan. Penentuan hubungan antara bahan pencemar dengan parameter air hujan dan meteorologi dilakukan menggunakan analisis korelasi Pearson. Analisis multivariat iaitu PCA dan MLR juga dijalankan bagi penentuan sumber bahan pencemar di setiap lokasi stesen kajian. Selain analisis statistik, perisian ArcGIS digunakan dalam menvisualkan variasi kepekatan purata PM10 di Semenanjung Malaysia. Perbandingan dilakukan ke atas dua kaedah interpolasi iaitu Kriging dan IDW di mana pemetaan adalah dibina berdasarkan model terbaik. Perbandingan variasi kepekatan bahan pencemar adalah difokuskan pada bulan Jun sehingga Oktober iaitu pada bulan yang berlakunya jerebu. Antara semua stesen, S8 yang dikategorikan sebagai kawasan perindustrian merekodkan bacaan purata tertinggi bagi kepekatan PM10 dengan 114.31±38.51 μg/m3 (1994) dan 90.52±56.84 μg/m3 (2005). S3 yang terletak di pantai timur dan S6 di kawasan pedalaman mencatatkan bacaan purata PM10 terendah dengan masing-masing adalah 32.70±22.59 μg/m3 dan 35.10±21.22 μg/m3 pada 1994 dan 31.23±17.94 μg/m3 dan 32.29±14.89 μg/m3 pada 2005. Stesen pemantauan yang terletak di kawasan pantai timur adalah relatifnya lebih rendah daripada pantai barat semenanjung. Pb adalah logam berat paling dominan dalam air hujan di semua stesen pada tahun jerebu 1994 dan tiada jerebu 1993 berbanding tahun 2004 dan 2005 yang mencatatkan antara bacaan terendah bagi logam berat di semua stesen. Punca utama adalah daripada penggunaan petrol berplumbum ketika era berkenaan. Tahun 2005 menyaksikan bacaan purata tertinggi bagi Fe dan Zn di semua stesen pemantauan dengan rekod tertinggi adalah di S8 (Fe : 0.875 μg/L, Zn: 2.109 μg/L) dan diikuti oleh S2 (Fe : 0.272 μg/L, Zn: 0.772 μg/L) dan S5 (Fe : 0.272 μg/L, Zn: 0.406 μg/L). Spesies ionik yang paling dominan ketika jerebu pula Na2+, NH4+, Cl- dan SO42- dengan bacaan tertinggi adalah pada tahun 2004 dan 2005 berbanding 1993 dan 1994. S3 menunjukkan dominasi ion Na2+ dan Cl- yang tertinggi pada tahun 2005 dengan bacaan purata 30.758 μg/L dan 35.984 μg/L. S8, S7, S5 dan S2 mencatatkan kepekatan purata yang tinggi bagi elemen Na2+, NH4+, Ca2+ dan Cl-. Kepekatan ion NO3- (7.121 μg/L), SO42- (7.140 μg/L) dan NH4+ (17.959 μg/L) ditemui paling tinggi di S5 yang padat dengan pembangunan dan penduduk. Trajektori ke belakang yang diperolehi hasil aplikasi model HYSPLIT menunjukkan bahawa kepekatan PM10 dipengaruhi oleh jisim udara dari Sumatra, Indonesia. Pemetaan dan interpolasi data pencemar menggunakan ArcGIS pula memberikan ilustrasi 2D yang lebih jelas terhadap variasi kepekatan PM10 di Semanjung Malaysia ketika jerebu 1994 dan 2005.,Tesis tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 268
Call Number: RA576.7.A85S686 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99427+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
438.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.