Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500074
Title: Perlakuan metsulfuron metil dan glifosat dalam ekosistem kelapa sawit dan pemantauan pencemaran di Tasik Chini, Pahang, Malaysia
Authors: Khairiatul Mardiana Jansar (P52193)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Glyphosate
Issue Date: 9-Aug-2017
Description: Metsulfuron metil dan glifosat merupakan gabungan herbisid yang kerap digunakan untuk kawalan rumpai di ladang kelapa sawit. Sisa herbisid boleh mengalir masuk ke dalam Tasik Chini dan seterusnya memusnahkan hidupan akuatik. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk menentukan perlakuan metsulfuron metil dan glifosat serta memantau tahap pencemaran di kawasan Tasik Chini. Kajian makmal merangkumi kajian penjerapan, penyahjerapan dan penguraian metsulfuron metil (MSM) dan glifosat. Kajian di lapangan dilakukan untuk mengesahkan dapatan kajian yang diperoleh di dalam makmal dan memantau residu herbisid dan nutrien serta kualiti air di kawasan kajian. Tahap pencemaran MSM dan metabolitnya triazine amine (AMMT) serta glifosat dan metabolitnya aminometilfosfonik asid (AMPA) telah ditentukan daripada sampel air permukaan dan sedimen daripada tujuh sungai utama dan 12 stesen persampelan di dalam kawasan tasik. Pengoptimuman kaedah analisis menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi dengan kajian perolehan semula MSM dan AMMT di dalam tanah adalah masing-masing 80-91% dan 78-95% dan di dalam air adalah masing-masing 81-105% dan 80-96%. Manakala peratus perolehan semula bagi glifosat dan AMPA di dalam tanah adalah 83-92% dan 80-95% masing-masing dan di dalam air adalah 84-96% dan 80-90% masing-masing. Kajian penjerapan dan penyahjerapan MSM dan glifosat mendapati pekali penjerapan (Kads) dan penyahjerapan (Kdes) adalah mengikut persamaan Freundlich dan model penjerapan kinetik bagi MSM dan glifosat adalah pseudo-tertib-kedua. Nilai DT50 bagi MSM dan glifosat masing-masing 3 hingga 13 hari dan 9 hingga 33 hari. Tahap pencemaran MSM dan glifosat bergantung secara langsung kepada masa penyemburan herbisid dan jumlah hujan. Analisis multivariat pula mengkelaskan stesen persampelan berdasarkan kualiti air di kawasan tersebut, kawasan yang berada pada kelas pertama berada dalam satu kelompok dan kawasan yang berada di kelas kedua dan ketiga di dalam satu kelompok yang lain. Pemonitoran berterusan perlu dijalankan kerana kualiti air di Tasik Chini semakin menurun sejak tujuh tahun yang lepas.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 253
Call Number: SB952.G58K483 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98903+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
443.99 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.