Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500071
Title: Kepelbagaian, kelimpahan, dan respons serangga terpilih menggunakan mikrohabitat di ladang kelapa sawit berbeza umur
Authors: Ahmad Bukhary Ahmad Khair (P63260)
Supervisor: Idris Abd Ghani , Prof. Dr.
Keywords: Serangga
Mikrohabitat
Crops -- Genetics
Issue Date: 19-Jan-2018
Description: Kajian ini dijalankan bagi menilai kepelbagaian, kelimpahan, dan respons spesies serangga terpilih dalam menggunakan mikrohabitat di kawasan ladang kelapa sawit berbeza umur, iaitu setengah, tiga, enam, 18, dan 23 tahun. Tiga kaedah pengumpulan digunakan, iaitu perangkap Malaise, perangkap lubang, dan perangkap prototaip lubang-cahaya ultraungu, dan persampelan selama 13 bulan bermula dari Februari 2013 ke Februari 2014. Secara keseluruhan, sejumlah 198195 individu serangga berjaya dikumpulkan, terdiri dari 258 spesies, 116 subfamili, 74 famili, dan empat order utama iaitu Diptera, Coleoptera, Hymenoptera, dan Lepidoptera. Indeks Kepelbagaian Shannon (H') adalah tertinggi di ladang kelapa sawit berumur 18 tahun (H' = 4.05), diikuti oleh ladang kelapa sawit berumur 23 tahun (H' = 4.04), setengah tahun (H' = 3.70), tiga tahun (H' = 3.01), dan enam tahun (H'= 2.19). Kelimpahan serangga adalah tertinggi di ladang kelapa sawit berumur enam tahun (69965 individu), diikuti oleh ladang kelapa sawit berumur tiga tahun (46371 individu), 18 tahun (29572 individu), setengah tahun (26456 individu), dan 23 tahun (25820 individu). Analisis Ordinasi Persamaan Kanonik (CCA) menunjukkan 14 spesies serangga (5.43%) daripada spesies serangga keseluruhan adalah berhubung secara signifikan dengan mikrohabitat dalam ladang kelapa sawit. Analisis ANOVA sehala menunjukkan enam spesies serangga dalam kalangan genus Xanthopimpla, Pompilus, dan Evania mewakili kumpulan fungsian parasitoid serta Odontomachus mewakili kumpulan fungsian pemangsa menunjukkan perubahan kelimpahan populasi yang signifikan (P < 0.05) di fasa sebelum, semasa, dan selepas aktiviti semburan racun rumpai dan pembajaan baja kimia tak organik. Turnera subulata menunjukkan kesan signifikan berbanding Antigonon leptopus kepada perubahan kelimpahan populasi spesies serangga terpilih. Perubahan respons parasitoid Xanthopimpla, Pompilus, dan Evania, serta pemangsa Odontomachus di mikrohabitat rumpai liar, tumbuhan kekacang penutup bumi, dan tumbuhan berbunga berguna Turnera subulata adalah berhubung kepada kadar persaingan yang berbeza, berdasarkan kepada corak taburan ruang berkelompok (Vi > 1.000) dan berjarak (Vj > -1.000). Kepentingan pengekalan komuniti spesies rumpai liar berbunga dan pemilihan spesies tumbuhan berbunga berguna yang sesuai juga dibincangkan.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah'
Pages: 226
Call Number: SB123.A376 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98902+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
395.45 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.