Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500069
Title: Kajian tindakan kurkumin terhadap glikogen sintase kinase-3 dalam mencit ICR terinfeksi-Plasmodium berghei NK65
Authors: Amatul Hamizah Md Ali (P78442)
Supervisor: Hasidah Mohd Sidek, Prof. Dr.
Keywords: Kurkumin
Antimalaria
Turmeric -- Therapeutic use
Issue Date: 20-Jan-2018
Description: Malaria teruk, suatu penyakit yang melibatkan pelbagai sistem yang kompleks mempamerkan satu julat komplikasi klinikal yang luas, dan kebiasaannya mengancam nyawa penduduk kawasan tropika, kebanyakannya disebabkan oleh jangkitan Plasmodium falciparum. Patogenesis penyakit dikaitkan dengan ketidakaturan penghasilan sitokin, seterusnya dipengaruhi oleh faktor parasit dan hos. Glikogen sintase kinase-3 (GSK3), suatu kinase Ser/Thr yang terlibat dalam gerak balas imun hos adalah penting bagi mengawalatur ketidakseimbangan sitokin semasa infeksi. Bagi Plasmodium sp., GSK3 memainkan peranan utama dalam fasa intra-eritrosit kitar hidup parasit. Kedua-dua modulasi gerak balas imun hos melalui perencatan GSK3 hos dan perencatan aktiviti GSK3 Plasmodium adalah strategi yang berpotensi bagi membangunkan rawatan antimalaria. Kurkumin, suatu sebatian berasaskan tumbuhan semula jadi, mempamerkan satu jaringan bioaktiviti yang luas termasuk aktiviti antiinflamasi dan antiparasit, adalah calon terapeutik mensasar-hos dan antiparasit bagi malaria. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aktiviti in vitro dan in vivo antimalaria kurkumin dan menentukan sama ada tindakan sebatian tersebut melibatkan GSK3 dalam mencit ICR terinfeksi-Plasmodium berghei NK65. Kurkumin menunjukkan aktiviti antiplasmodium yang baik (indeks pemilihan>10) apabila diuji terhadap kultur Plasmodium falciparum 3D7 dengan perencatan pertumbuhan dicerap pada fasa peralihan antara bentuk cecincin dengan trofozoit dalam kitar intra-eritrosit. Infeksi Plasmodium berghei NK65 dalam mencit ICR menyebabkan pensekuesteran sel darah merah berparasit (PRBC), pendarahan dalam salur darah serebrum dan anemia teruk. Tambahan lagi, peningkatan signifikan (p<0.05) aras sitokin pro- dan antiinflamasi (TNF-α, IFN-γ, dan IL-18; dan IL-10 dan IL-4 masing-masing) dikesan dalam serum mencit terinfeksi. Perlakuan kurkumin intraperitonium (terapeutik dan profilaksis) terhadap mencit terinfeksi-P. berghei NK65 selama empat hari berturut-turut merencat perkembangan parasitemia (aktiviti kemopenekanan>50%) dan memanjangkan tempoh kemandirian median mencit terinfeksi secara signifikan (p<0.05). Analisis pemblotan western menunjukkan perlakuan kurkumin menyebabkan peningkatan pemfosfatan GSK3β (Ser9) dan Akt (Ser473) pada hepar mencit terinfeksi. Bagaimanapun, aras pemfosfatan NF-κB p65 (Ser536) berkurang pada hepar mencit dengan perlakuan kurkumin. Perlakuan kurkumin mengurangkan tindak balas sitokin teraruh-infeksi; perlakuan kurkumin terapeutik dan profilaksis menyebabkan penurunan aras serum TNF-α, IFN-γ dan IL-18 sementara aras IL-10 dan IL-4 meningkat. Pembaikan atau pemulihan ciri histopatologi organ mencit terinfeksi-P. berghei secara signifikan diperhatikan dengan perlakuan kurkumin. Analisis western terhadap parasit diekstrak daripada mencit terinfeksi menunjukkan pengurangan signifikan pemfosfatan Tyr216/279 GSK3, dan mencadangkan berlakunya perencatan terhadap pengaktifan GSK3 parasit dengan perlakuan kurkumin. Secara kesimpulannya, hasil daripada kajian ini mencadangkan bahawa aktiviti antimalaria in vitro dan in vivo serta kesan modulasi sitokin kurkumin diperantara oleh perencatan GSK3. GSK3 adalah sasaran munasabah bagi modulasi gerak balas imun hos dan penindasan pertumbuhan Plasmodium dalam infeksi malaria teruk.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah'
Pages: 256
Call Number: RM666.T88A463 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98901+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
288.74 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.