Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500046
Title: | Dinamik populasi, ekologi bersarang dan diet kelawar gua di Kompleks Batu Kapur Kota Gelanggi, Pahang |
Authors: | Ting Jin Sia (P68187) |
Supervisor: | Zubaid Akbar, Prof. Dr. |
Keywords: | Kelawar gua Ekologi Populasi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 29-Aug-2017 |
Description: | Kajian ekologi kelawar gua adalah penting untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan spesies kelawar gua. Namun, kajian ini masih kurang di Malaysia. Oleh itu, kajian telah dilakukan ke atas spesies kelawar gua di Gua Kepala Gajah (GKG) dan Gua Tongkat (GT) di kompleks batu kapur Kota Gelanggi, Pahang dari Oktober 2013 hingga Jun 2015. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan saiz populasi, corak pembiakan, kelakuan bersarang, mikroiklim dan diet kelawar. Saiz populasi dianggar melalui pengiraan secara langsung dan kaedah fotografi. Status pembiakan ditentukan dengan memerhatikan morfologi luaran kelawar yang ditangkap dengan menggunakan jaring kabus dan perangkap harpa. Kelakuan bersarang diperhatikan melalui corak aktiviti, postur bersarang dan penyusunan ruang kelawar di tempat bersarang. Mikroiklim tempat bersarang direkod dengan menggunakan perakam data HOBO Pro. Diet dikaji melalui mikroskop dan analisis molekul ke atas sampel najis kelawar. Kepelbagaian dan kelimpahan serangga dikaji dengan memasang perangkap cahaya di hutan sekitar kawasan kajian. Rhinolophus affinis dan Emballonura monticola didapati menggunakan GKG dan GT sebagai tempat bersarang siang dan merupakan penghuni tetap di kedua-dua gua ini. Hipposideros diadema menggunakan GKG sebagai tempat bersarang malam dan Megaderma spasma menggunakan kawasan GT sebagai tempat bersarang betina membesarkan anak. Purata saiz anggaran populasi R. affinis di GT (429 ± 149) adalah dua kali ganda saiz populasi di GKG (234 ± 54), manakala bagi E. monticola adalah 11 ± 3 di GKG dan 8 ± 2 di GT. Rhinolophus affinis betina didapati berpindah keluar ke tempat lain untuk melahirkan anak tetapi E. monticola menggunakan gua yang sama sebagai sarang melahirkan anak. Namun, Rhinolophus affinis dijumpai bergantung secara terbalik di bawah siling, berjarak sesama sendiri dan kadang-kala berkelompok di dalam gua. Emballonura monticola pula dijumpai bersarang di sekitar pintu masuk gua dan menerpa pada dinding gua dan berjarak sesama sendiri. Rhinolophus affinis dan E.monticola menunjukkan pemisahan ruang bagi tempat bersarang. Hipposideros diadema dan R. affinis menggunakan tempat bersarang yang sama tetapi menunjukkan pengasingan masa penggunaan. Suhu dan kelembapan relatif bagi tempat bersarang R.affinis adalah 23.11 - 26.33 ˚C dan 95.77 - 100.00 % dan E. monticola adalah 23.88 - 26.32 ˚C and 89.51 - 100.00 %. Dalam kajian ini, didapati E. monticola boleh bertoleransi pada suhu yang lebih tinggi dan kelembapan relatif yang lebih rendah berbanding R. affinis. Emballonura monticola boleh bertoleransi pada julat kelembapan relatif yang lebih luas berbanding dengan R. affinis. Di Kota Gelanggi, terdapat 19 order serangga telah dikenalpasti dengan order Coleoptera (39.5 %) mempunyai kelimpahan yang tertinggi, diikuti Hymenoptera (28.1 %) dan seterusnya Diptera (13.5 %). Analisis tabiat pemakanan menunjukkan diet Rhinolophus affinis merangkumi lapan order serangga tetapi memilih Coleoptera dan Lepidoptera sebagai makanan utama. Emballonura monticola memakan tujuh order serangga namun kebanyakan memilih Hymenoptera. Hipposideros diadema memilih Coleoptera sebagai makanan utama tetapi berubah kepada anai-anai bersayap (Isoptera) ketika serangga ini berkerumum ketika musim mengawan. Dalam kajian ini, R. affinis, E.monticola dan H. diadema dijumpai bersarang bersama dan persaingan interspesies dapat dielakkan melalui pengasingan lokasi tempat bersarang, pembahagian masa penggunaan tempat bersarang dan pemilihan pemakanan yang berbeza antara spesies. Kajian ini adalah penting bagi membantu pihak berkuasa FELDA Residence Tekam dalam usaha penjagaan dan pengurusan yang efektif bagi melindungi kemandirian spesies kelawar yang tinggal di gua-gua Kota Gelanggi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 163 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98687+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 179.2 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.