Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500037
Title: | Kepelbagaian kumbang najis (Coleoptera: Scarabaeoidea) sebagai penunjuk biologi untuk penzonan rizab biosfera di Tasik Chini, Pahang, Malaysia |
Authors: | Ganaswary Aruchunnan (P69914) |
Supervisor: | Ng Yong Foo, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Kumbang najis Perangkap Penunjuk biologi Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 13-Jun-2017 |
Description: | Kepelbagaian kumbang najis (Coleoptera: Scarabaeoidea) sebagai penunjuk biologi telah dikaji di Rizab Biosfera Tasik Chini (RBTC) dari Februari 2014 hingga Mei 2015. Objektif kajian adalah (i) untuk membanding keberkesanan modifikasi perangkap lubang berumpan (tambahan lampu dan pagar) dengan perangkap lubang berumpan piawai dan untuk mengenalpasti tempoh keberkesanan umpan (ii) untuk menentukan kepelbagaian kumbang najis sebagai penunjuk biologi di tiga zon yang berbeza di RBTC (iii) untuk mengkaji aktiviti penerbangan kumbang najis dan (iv) untuk membina kekunci taksonomi bagi 13 genus kumbang najis dari Tasik Chini. Keberkesanan tempoh tarikan umpan najis lembu menurun secara signifikan pada hari ketiga dan kelima persampelan (P<0.05). Hasil kajian mencadangkan penggunaan perangkap lubang berumpan dengan najis lembu segar berserta lampu adalah kaedah terbaik untuk persampelan kumbang najis, kerana maksimum individu bagi spesies yang aktif pada waktu malam hanya dapat dikumpul dalam perangkap tersebut. Sebanyak 45 perangkap lubang berumpan dengan najis lembu segar berserta lampu telah dipasang di zon teras (hutan sekunder), zon penampan (ladang kelapa sawit) dan zon peralihan (hutan terganggu). Bagi setiap zon, tiga transek (120 m) telah diplotkan; untuk setiap transek, lima perangkap telah dipasang selang setiap 30 m selama 24 jam persampelan. Sebanyak 15,747 kumbang najis merangkumi 60 spesies daripada 13 genus telah berjaya disampelkan. Nilai kepelbagaian Shannon (H') paling tinggi di zon penampan (2.14) diikuti peralihan (1.64) dan teras (1.27) tetapi tanpa perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga zon (P>0.05). Walau bagaimanapun, kekayaan spesies, kelimpahan dan biojisim kumbang semakin berkurang secara signifikan dari zon teras ke penampan (P<0.05). Sisyphus thoracicus (60.6%) adalah spesies yang paling melimpah, manakala Catharsius molossus (566.08 mg) merupakan spesies dengan biojisim tertinggi. Berdasarkan kajian ini, kepelbagaian kumbang najis paling tinggi pada bulan November (H'=2.89) dan terendah pada bulan Januari (H'=0.71). Data kelimpahan menunjukkan kesan yang ketara terhadap taburan hujan (p=0.04). Kelimpahan kumbang bersaiz kecil dan besar juga dipengaruhi secara negatif akibat intensiti gangguan habitat di antara zon (P<0.05), yang mana spesies bersaiz besar hanya terdapat di habitat hutan, manakala ladang kelapa sawit didominasi oleh spesies bersaiz kecil. Peratusan pertindihan spesies adalah lebih tinggi di antara zon teras dan peralihan (60%). Walaupun, zon teras adalah habitat yang paling signifikan kerana spesies (Onthophagus mulleri dan Onthophagus pacificus) dengan nilai penunjuk (IV=73.3) yang maksimum signifikan (p=0.0002) telah dilaporkan. Kajian aktiviti penerbangan kumbang najis menunjukkan serangga ini lebih aktif pada waktu siang dengan catatan kekayaan, kelimpahan dan biojisim yang signifikan (P>0.05). Spesies bersaiz kecil (<10 mm) dalam genus Onthophagus, Caccobius, Oniticellus dan Sisyphus dikelaskan sebagai diurnal, manakala hampir semua spesies bersaiz besar (>10 mm) genus Catharsius dan Copris adalah nokturnal. Enam spesies yang jarang ditemui iaitu Ontho. arboreal patterned, O. avocetta, O. namnaoensis, O. semiperakensis, Ochicanthon okudai dan Copris haroldi telah berjaya dikumpul. Lengkuk pengumpulan spesies hampir mencapai asimptot; median antara penganggar Chao 1, Choa2, ACE dan Jackknife 1 meramal hanya empat spesies sahaja harus ditangkap dengan rekod kecekapan pensampelan sebanyak 93.1%. Kajian ini harus dilakukan secara berterusan dengan usaha pemuliharaan dikhususkan di zon teras bagi pengurusan kepelbagaian biologi yang mapan di RBTC. Kekunci taksonomi bagi 13 genus kumbang najis diharap dapat digunakan sebagai rujukan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 249 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98676+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 382.59 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.