Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500027
Title: | Persepsi kehalalan dan penentuan titik kawalan kritikal haram (HarCCP) dalam penyediaan bakeri dan konfeksi |
Authors: | Sabaianah Bachok (P49177) |
Supervisor: | Maaruf Abd Ghani, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Halalan toyyiban DNA babi Piawaian Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 2018 |
Description: | Masalah halal dan haram telah menjadi semakin mencabar bagi umat Islam untuk menentukan pilihan terhadap makanan dan minuman mereka. Usaha-usaha dan bantuan kerajaan dalam mengetengahkan produk halal ini sekaligus memberi impak dalam industri bakeri dan konfeksi. Pengguna Islam kini juga terdedah dengan pelbagai ramuan terutamanya makanan yang dicampur dengan bahan haram yang dilarang oleh syarak. Isu Asid deosiribunukliek (DNA) babi yang ditemui di dalam pembuatan produk bakeri juga telah menimbulkan perdebatan yang hangat di tanah air. Kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk melihat persepsi pengguna terhadap produk halal, seramai 1,000 responden terlibat di dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati seramai 94.2% responden peka dengan isu logo halal dan seramai 89.7% mengenali logo halal jakim. Manakala 76.6% responden percaya bahawa tanda logo halal memberi jaminan keselamatan makanan kepada pengguna. Bagi penyelidikkan perlaksanaan konsep halalan toyyiban dalam penyediaan produk, kedai bakeri dan konfeksioneri, sebanyak 50 buah syarikat bakeri terlibat. Latihan dan penerangan kepada pekerja adalah penting untuk memastikan perlaksanaan halal (M = 4.31; SL = 0.702). Responden agak keliru mengenai kepentingan label pada produk yang dijual di kedai bakeri (M = 4.33; SL = 0.437). Skor (M = 3.50; SL = 0.868) menunjukkan pekerja kurang pasti samada ramuan tambahan yang digunakan halal ataupun tidak, ini mungkin disebabkan setengah bahan tambah telah dipek semula oleh pembekal dan dijual dalam pembungkusan yang lebih kecil tanpa mempamerkan logo halal. Kajian makmal pengesanan DNA khinzir ke atas 30 jenis bahan yang digunakan dalam bakeri dan konfeksi telah dianalisis menggunakan teknik tindakbalas rantaian polymerase (PCR) - Hibriditasi Southern di atas cip gen. Sebanyak 6.6% (2/30) daripada ujian makmal menunjukkan bahan di dalam kedai bakeri adalah positif n DNA khinzir. Amalan penyediaan yang menitik beratkan kesegaran ramuan, kebersihan dan keselamatan memberi satu petunjuk bahawa produk yang dihasilkan oleh kedai bakeri yang mempunyai logo halal mampu untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi. Hasil daripada itu satu piawaian khusus dan garis panduan untuk industri Bakeri dan Konfeksi telah dibangunkan. Pengenalan kepada HarCCP (Haram Critical Control Point) telah dicadangkan dengan tujuan untuk menjadi pilihan kepada industri Bakeri dan Konfeksi dalam meningkatkan tahap kehalalan dan keselamatan produk.,Tesis ini tidak ada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah' |
Pages: | 205 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98257+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 408.36 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.