Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500026
Title: Penghasilan jus campuran buah-buahan tempatan kaya antioksida: kajian kebolehserapan, keselamatan dan keberkesanan
Authors: Syahida Maarof (P46482)
Supervisor: Mohd Yusof Maskat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Fenolik
Antioxidants
Issue Date: 15-Jul-2017
Description: Buah-buahan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan kandungan fitokimia yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kapasiti dan keberkesanan antioksida dalam buah-buahan tropika terpilih. Satu formulasi jus campuran telah dibangunkan menggunakan tiga jenis buah yang mempunyai kapasiti antioksida yang tinggi. Kapasiti antioksida ditentukan melalui keupayaan pemerangkapan radikal bebas 2,2-Diphenyl-1-Picrylhydrazyl (DPPH) dan kaedah penurunan ion ferik (FRAP), manakala analisis kandungan fenolik (TPC) digunakan untuk menentukan kandungan fenolik keseluruhan. Penentuan kandungan asid askorbik telah dijalankan, manakala untuk betik sekaki, analisis karotenoid dijalankan. Penentuan profil asid fenolik dijalankan menggunakan GC-MS dan seterusnya nilai kebolehserapannya ditentukan dengan menggunakan tikus. Kajian keselamatan serta keberkesanan ke atas jus campuran dijalankan ke atas tikus normal dan tikus obes. Keputusan aktiviti antioksida telah menentukan pemilihan tiga jenis buah iaitu jambu batu Kampuchea (TPC 315.86±17.06 mg/100 g berat basah, AA 131.70±8.61 mg/100 g berat basah, DPPH 95.23±0.45 %, FRAP 14.08±1.82 TE mg/100g berat basah), durian belanda (TPC 239.02±5.77 mg/100g berat basah, AA 33.02±3.11 mg/100 g berat basah, DPPH 84.93±3.02 %, FRAP 18.78±2.22 TE mg/100g berat basah) dan betik sekaki (TPC 40.24±6.07 mg/100g berat basah, AA 69.30±3.23 mg/100 g berat basah, karotenoid 2.82±0.22 mg/100 g berat basah, DPPH 14.41±0.49 %, FRAP 18.47±0.83 TE mg/ml berat basah) yang kemudian diformulasi menjadi jus campuran. Analisis GC-MS menemui tiga sebatian fenolik dalam jus campuran iaitu asid p-kumarik, o-kumarik dan kafeik. Hasil analisis kebolehserapan menunjukkan sebatian fenolik ini berjaya dimetabolismakan oleh tubuh menjadi asid hipurik dan dikumuhkan di dalam urin seawal 1-2 jam selepas pengambilan jus campuran. Kajian toksikologi sub-akut 28 hari menunjukkan tiada kesan toksik pada profil hematologi darah dan juga ujian fungsi hati dan ginjal tikus normal. Dalam kajian keberkesanan anti-obesiti, jus campuran menunjukkan keberkesanan positif dalam mengawal kenaikan berat badan tikus obes dan meningkatkan (p<0.05) kandungan antioksida darah (KAD) tikus normal (JCS 1.59±0.05 U/l) dan tikus obes (1.55±0.06 U/l). Pengambilan jus campuran juga berupaya meningkatkan aktiviti enzim antioksida (p<0.05) iaitu superoxide dismutase (SOD) dan glutathione peroxidase (GPx) dalam tikus normal (SOD 1.49±0.26 U/l, GPx 756.20±136.31 U/l) dan tikus obes (GPx 860.00±315.44 U/l). Berdasarkan kajian ini, asid fenolik dalam jus campuran terbukti mampu diserap oleh tubuh dan sekaligus memberikan kesan positif dengan meningkatkan aktiviti antioksida dalam haiwan kajian serta mengawal kenaikan (p<0.05) berat badan bagi tikus obes dan menurunkan (p<0.05) kandungan kolesterol jumlah dan LDL dalam tikus obes. Jus campuran telah terbukti mempunyai nilai berfungsi dan memberi kesan positif terhadap haiwan kajian.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 140
Call Number: QK865.S973 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98120+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
642.12 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.