Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/500013
Title: Ramalan nasib pestisid menggunakan model hidrologi SWAT dan kajian kualiti air (logam berat dan nutrien) di Lembangan Cameron Highlands, Pahang
Authors: Siti Humaira Haron (P67328)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Logam berat
Nutrien
Cameron Highlands
Pahang
Pesticides -- Environmental aspects
Issue Date: 22-Jun-2017
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pemodelan impak pestisid terhadap kualiti air di kawasan pertanian sayur, Cameron Highlands, Pahang. Satu kajian melibatkan seramai 40 responden untuk melihat persepsi mereka terhadap penggunaan pestisid dalam penanaman sayur-sayuran telah dijalankan. Hasil menunjukkan bahawa penyembur jenis sandang adalah paling banyak digunakan petani untuk menyembur pestisid. Manakala kebun berskala sederhana (>3 ekar), penyembur bermotor juga digunakan. Petani muda (<45 tahun) merupakan kumpulan yang paling banyak terdedah, kerana mereka lebih banyak melakukan semburan berbanding petani dewasa (> 45 tahun). Kajian diteruskan dengan menilai penggunaan insektisid (sipermetrin dan klorpirifos) di dalam kawasan pertanian sayuran di sepanjang Sungai Bertam, semasa musim hujan (Ogos - Disember 2014) dan musim kering (Januari 2015 -April 2015). Purata kepekatan tertinggi di dalam sampel air adalah klorpirifos 0.02 ppb; sipermetrin 0.20 ppb (musim hujan); klorpirifos 0.01 ppb; sipermetrin 0.17 ppb (musim kering). Tahap purata insektisid sipermetrin dan klorpirifos masing-masing di dalam sedimen adalah 1.10 ppb; 0.18 ppb (musim hujan) dan 0.90 ppb; 0.13 ppb (musim kering). Logam berat, kadmium (Cd), zink (Zn), plumbum (Pb), kuprum (Cu), nikel (Ni), ferum (Fe), cobalt (Co) dan kromium (Cr) dan beberapa parameter kualiti air telah ditentukan dalam sampel air dan sedimen. Keputusan menunjukkan kepekatan logam berat berada di bawah kepekatan maksimum yang dicadangkan tetapi melebihi kepekatan berterusan yang dibenarkan bagi air permukaan (EPA) dan kepekatan bagi melindungi hidupan akuatik (CCME). Analisis statistik (ANOVA) menunjukkan terdapat perbezaan bererti (p<0.05) antara stesen pensampelan bagi semua logam berat kajian. Bagi logam Cu terdapat trend peningkatan daripada hulu ke hilir lembangan Sungai Bertam. Di dalam kajian ini model hidrologi "Soil and Water Assessment Tools" (SWAT) digunakan untuk mensimulasikan nasib dua pestisid yang berbeza (sipermetrin dan klorpirifos) dalam tadahan Sungai Bertam. Model ini berjaya menunjukkan corak spatial kepekatan pestisid yang terlarut di dalam sedimen dan air sungai mengikut ciri-ciri tanah dan morfologi landskap. Hasil model didapati mencapai tahap memuaskan bagi simulasi dinamik muatan pestisid dalam tempoh kalibrasi (NSE: 0.92-0.67); tempoh pengesahan (NSE: 0.61-0.28). Hasil kajian ini menunjukkan CN2 merupakan faktor utama yang mempengaruhi hidrologi manakala nasib pestisid dan pengangkutannya dipengaruhi oleh air larian permukaan dan penggunaan pestisid.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 274
Call Number: TD447.P35S568 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97904+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
356.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.