Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499993
Title: | Komposit hibrid adunan polietilena berketumpatan tinggi/ polietilena tereftalat kitar semula berpenguat sekam padi dan kalsium karbonat |
Authors: | Mohd Nazry Salleh (P62276) |
Supervisor: | Sahrim Hj. Ahmad, Prof. Dr. |
Keywords: | Sekam padi Kalsium karbonat Polymeric composites |
Issue Date: | 5-Nov-2017 |
Description: | Komposit adunan polimer kitar semula polietilena berketumpatan tinggi (rHDPE)/polietilena tereftalat (rPET) berpenguat sekam padi (SP) dan kalsium karbonat (CaCO3) dihasilkan dengan menggunakan mesin penyemperitan skru kembar searah diikuti dengan proses tekanan panas dan tekanan sejuk. Peringkat pertama dalam penyelidikan ini iaitu penghasilan polimer adunan rHDPE dan rPET terawat 5 php (peratus daripada keseluruhan berat polimer) agen penserasi etilena-glisidil metakrilat (E-GMA) dan polimer adunan rHDPE/rPET tidak terawat. Penambahan E-GMA menunjukkan peningkatan sifat regangan dan kekuatan lenturan sehingga 26% berbanding dengan polimer tunggal rHDPE. Adunan 75/25 (bt/bt) rHDPE/rPET terawat 5 php E-GMA dipilih dalam kajian ini kerana nisbah ini menunjukkan nilai mekanik yang optimum berbanding nisbah adunan polimer yang lain. Peringkat kedua melibatkan penambahan SP dengan komposisi berbeza (40-80 %bt) ke dalam matrik adunan rHDPE/rPET terawat dan tidak terawat. Keputusan menunjukkan sifat-sifat mekanik terutamanya sifat regangan dan lenturan meningkat dengan ketara dengan sampel biokomposit berasaskan matrik polimer adunan terawat. Pengubahsuaian dengan rawatan permukaan dengan menggunakan 3 php agen pengkupelan malik anhidrida polietilena (MAPE) menunjukkan komposit berpengisi 70 %bt SP mempamerkan interaksi yang terbaik di antara pengisi dan matrik. Analisis fizikal penyerapan air yang dilakukan dalam dua medium berbeza iaitu air suling dan air laut menunjukkan penambahan peratusan SP akan meningkatkan kadar penyerapan air. Peringkat ketiga ialah kajian sifat komposit berpengisi hibrid dengan penambahan pengisi CaCO3 melalui dua jenis pengadunan iaitu pengadunan kering dan leburan. CaCO3 diadun bersama 70 %bt SP ke dalam adunan 75/25 (bt/bt) rHDPE/rPET terawat 5 php E-GMA. Sampel yang mengandungi kandungan CaCO3 iaitu 0, 1, 3, 5,7 dan 9 %bt disediakan dengan kehadiran 3 php MAPE dengan keputusan menunjukkan kandungan 5 %bt CaCO3 menunjukkan bacaan sifat mekanik yang tertinggi. Keputusan XRD menunjukkan peningkatan jarak-d dengan kehadiran CaCO3 membuktikan peningkatan terhadap keserasian di dalam komposit hibrid di mana berlakunya interkalasi di dalam komposit ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 175 |
Call Number: | TP1180.T5M836 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97635+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 130.14 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.