Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499981
Title: | Perbandingan tabiat bersarang, tabiat pergerakan dan tabiat pemakanan bagi kelawar rumah (scotophilus kuhlii) antara landskap pertanian dan separa bandar |
Authors: | Nur Atiqah Abd Rahman (P68186) |
Supervisor: | Zubaid Akbar Mukhar Ahmad, Prof. Dr. |
Keywords: | Kelawar rumah Scotophilus kuhlii Bats -- Conservation |
Issue Date: | 23-Jan-2017 |
Description: | Di Malaysia, maklumat mengenai ekologi kelawar yang boleh beradaptasi dengan manusia kurang difahami. Sehingga kini, tiada kajian dilakukan secara terperinci untuk menentukan kesan modifikasi landskap ke atas ekologi bersarang, pergerakan dan pemakanan bagi kelawar rumah (Scotophilus kuhlii). Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan pemilihan mikroiklim tempat bersarang S. kuhlii, saiz kawasan kediaman, corak pergerakan dan menentukan kehadiran makanan dan makanan yang dipilih di antara landskap pertanian dan separa bandar. Mikroiklim sarang iaitu suhu dan kelembapan diukur dengan alat perakam Hobo Pro ®. Corak pergerakan dan saiz kediaman, ditentukan dengan menggunakan kaedah radio-telemetri. Tabiat pemakanan ditentukan melalui analisa sampel najis dan kehadiran makanan ditentukan dengan memerangkap serangga menggunakan perangkap cahaya. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara suhu (F(19,1)=15.13, p< 0.001) dan kelembapan relatif (F(19,1)=16, p<0.001) sarang S. kuhlii antara landskap pertanian dan separa bandar. S. kuhlii mendiami sarang yang mempunyai suhu yang lebih tinggi dan kelembapan relatif yang lebih rendah di landskap pertanian (29.4 + 0.4ºC; 71.7 + 1.5%) berbanding landskap separa bandar (28.4 + 0.22 ºC; 77.7 + 1.5%). Analisis corak pergerakan dan saiz kawasan kediaman menunjukan bahawa S. kuhlii di landskap pertanian (jarak pergerakan: 6.9 + 1.7 km; saiz luas kediaman: 1.073 + 0.252 km2) mempunyai purata jarak pergerakan yang lebih panjang dan saiz kawasan kediaman yang lebih luas berbanding di landskap separa bandar (jarak pergerakan:3.18 + 0.53 km; saiz luas kediaman: 0.3 + 0.2 km2). S. kuhlii juga didapati terbang mencari makanan di kawasan berkepadatan serangga yang tinggi seperti lampu jalan. Bagi tabiat pemakanan secara keseluruhan terdapat sembilan order serangga dikenalpasti menjadi sumber makanan yang dicerap di landskap pertanian manakala lapan order serangga di landskap separa bandar. Antara order serangga yang terdapat di dalam diet S. kuhlii ialah Coleoptera, Hemiptera, Isoptera, Lepidoptera, Hymenoptera, Diptera, Orthoptera, Mantodea dan Odonata. Hanya serangga daripada order Odonata tidak dimakan oleh S. kuhlii di landskap separa bandar. Analisis gugusan dua hala menunjukkan, S. kuhlii di landskap pertanian mempunyai 92.9% persamaan diet dengan S. kuhlii di landskap separa bandar. Kelimpahan serangga di landskap pertanian (27, 833 individu serangga) adalah lebih tinggi berbanding di landskap separa bandar (19, 079 individu serangga). Kepelbagaian serangga diukur menggunakan Index Shannon Weiner dan didapati kepelbagaian serangga di landskap pertanian (H': 2.581) lebih tinggi berbanding di landskap separa bandar (H': 2.422). Didapati tiada perbezaan yang signifikan antara diet S. kuhlii dengan serangga yang hadir dikedua-dua landskap. Hasil yang diperolehi daripada kajian ini dapat meningkatkan pemahaman mengenai ekologi S. kuhlii dan boleh digunakan sebagai panduan dalam merancang dan melaksana langkah pemuliharaan ke atas spesies ini dan kepada spesies kelawar lain yang mampu beradaptasi dengan manusia. dan separa bandar. S. kuhlii mendiami sarang yang mempunyai suhu yang lebih tinggi dan kelembapan relatif yang lebih rendah di landskap pertanian (29.4 + 0.4��C; 71.7 + 1.5%) berbanding landskap separa bandar (28.4 + 0.22 ��C; 77.7 + 1.5%). Analisis corak pergerakan dan saiz kawasan kediaman menunjukan bahawa S. kuhlii di landskap pertanian (jarak pergerakan: 6.9 + 1.7 km; saiz luas kediaman: 1.073 + 0.252 km2) mempunyai purata jarak pergerakan yang lebih panjang dan saiz kawasan kediaman yang lebih luas berbanding di landskap separa bandar (jarak pergerakan: 3.18 + 0.53 km; saiz luas kediaman: 0.3 + 0.2 km2). S. kuhlii juga didapati terbang mencari makanan di kawasan berkepadatan serangga yang tinggi seperti lampu jalan. Bagi tabiat pemakanan secara keseluruhan terdapat sembilan order serangga dikenalpasti menjadi sumber makanan yang dicerap di landskap pertanian manakala lapan order serangga di landskap separa bandar. Antara order serangga yang terdapat di dalam diet S. kuhlii ialah Coleoptera, Hemiptera, Isoptera, Lepidoptera, Hymenoptera, Diptera, Orthoptera, Mantodea dan Odonata. Hanya serangga daripada order Odonata tidak dimakan oleh S. kuhlii di landskap separa bandar. Analisis gugusan dua hala menunjukkan, S. kuhlii di landskap pertanian mempunyai 92.9% persamaan diet dengan S. kuhlii di landskap separa bandar. Kelimpahan serangga di landskap pertanian (27, 833 individu serangga) adalah lebih tinggi berbanding di landskap separa bandar (19, 079 individu serangga). Kepelbagaian serangga diukur menggunakan Index Shannon Weiner dan didapati kepelbagaian serangga di landskap pertanian (H': 2.581) lebih tinggi berbanding di landskap separa bandar (H': 2.422). Didapati tiada perbezaan yang signifikan antara diet S. kuhlii dengan serangga yang hadir dikedua-dua landskap. Hasil yang diperolehi daripada kajian ini dapat meningkatkan pemahaman mengenai ekologi S. kuhlii dan boleh digunakan sebagai panduan dalam merancang dan melaksana langkah pemuliharaan ke atas spesies ini dan kepada spesies kelawar lain yang mampu beradaptasi dengan manusia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 183 |
Call Number: | QL737.C5N837 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97534+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 579.49 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.