Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499973
Title: Kajian zarah titanium dioksida �� nano emas untuk biosensor hidrogen peroksida elektrokimia
Authors: Nur Hamidah Abdul Halim (P65901)
Supervisor: Lee Yook Heng, Prof. Dr.
Keywords: Titanium dioksida
Nano emas
Biosensor
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 16-Jun-2017
Description: Kajian ini menggunakan titanium dioksida yang difungsikan permukaannya bagi membangunkan biosensor hidrogen peroksida (H2O2). Biomolekul hemoglobin (Hb)digunakan sebagai agen pengesanan H2O2. Permukaan zarah sub-mikron titanium dioksida ini difungsikan terlebih dahulu dengan kumpulan amina melalui 3-aminopropil-trietoksisilana (APTS) untuk pemegunan Hb untuk rekabentuk biosensor H2O2. Zarah nano emas diperkenalkan dalam matriks pemegunan secara berkomposit dengan titanium dioksida (Ti-APTS/Au) atau setelah diperangkap dalam struktur titanium dioksida (TiAu-APTS). Ti-APTS/Au dan TiAu-APTS ini disintesis menggunakan kaedah hidrolisis dan kondensasi manakala koloid zarah nano emas disintesis menggunakan kaedah penurunan sitrat. Bahan Ti-APTS/Au dan TiAu-APTS dicirikan secara spektroskopi, elektrokimia dan mikroskop pengimbas elektron pancaran medan (FESEM). Terminal amina -NH2 yang bercas positif menyediakan permukaan untuk pemegunan biomolekul Hb pada permukaan Ti-APTS secara ikatan kimia. Biosensor H2O2 yang dibina menggunakan bahan komposit Ti-APTS/Au (biosensor Hb/Ti-APTS/Au/SPE) dan kaedah voltamogram denyutan kebezaan (DPV) dengan bahan perantara redoks [Fe(CN)6]-3 sebagai bahan pemindahan elektron. Arus dapat diukur pada keupayaan 0.22 V dalam kehadiran kepekatan H2O2 berbeza. Biosensor ini memberikan julat rangsangan linear 1 × 10-4 - 1 × 10-2 M terhadap H2O2 dan had pengesanan bawah (LOD) 1 × 10-4 M H2O2. Manakala biosensor H2O2 yang dibangunkan dengan TiAu-APTS (iaitu biosensor Hb/TiAu-APTS/SPE) dan kaedah DPV/ [Fe(CN)6]-3 memberikan julat rangsangan linear 5 × 10-5 - 5 × 10-2 M H2O2 (R2=0.956) dengan LOD 5 × 10-6 M dan nilai sisihan piawai relatif (RSD) bagi kebolehasilan ialah 5 %. Untuk rekabentuk biosensor yang sama (Hb/TiAu-APTS/SPE), kaedah impedans yang tidak memerlukan bahan perantara redoks digunakan sebagai transduser. Biosensor H2O2 yang berasaskan impedans ini menunjukkan julat rangsangan linear 1 × 10-4 -1.5 × 10-2 M (R2=0.977) dengan LOD 1× 10-5 M dan nilai RSD kebolehasilan dalam julat 5 %. Kedua-dua biosensor yang menggunakan titanium dioksida terperangkap zarah nano emas menunjukkan prestasi analisis H2O2 yang lebih baik berbanding biosensor komposit dengan zarah nano emas tidak diperangkap.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 146
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96860+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
122.2 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.