Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499884
Title: | Biosensor DNA untuk penilaian ketoksikan bahan karsinogen |
Authors: | Nor Diyana Md. Sani (P54279) |
Supervisor: | Lee Yook Heng, Prof. |
Keywords: | Biosensor DNA Karsinogen Penyakit kanser Biosensor ketoksikan Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Oct-2016 |
Description: | Penyakit kanser terjadi kerana terdapatnya kerosakan pada DNA seseorang. Salah satu penyumbang kepada kerosakan ini adalah bahan kimia yang dikenali sebagai karsinogen. Disebabkan sifat karsinogen yang cenderung untuk berikatan pada DNA, sifat ini boleh dijadikan asas dalam pembinaan biosensor DNA untuk mengesan kehadiran karsinogen. Dengan itu, tujuan utama kajian ini ialah untuk memperkembangkan biosensor ketoksikan dengan mengguna pelbagai jenis DNA berganding dengan matriks pemegunan yang berbeza supaya dapat menghasilkan biosensor ketoksikan yang paling baik dalam penentuan sifat ketoksikan karsinogen. Tiga jenis biosensor DNA direka bentuk untuk menilai ketoksikan enam jenis karsinogen iaitu formaldehid, akrilamida, Nnitrosodietilamina, plumbum (II) nitrat, nikel (II) klorida dan kadmium (II) klorida. Biosensor DNA pertama dibina secara jerapan fizikal DNA timus anak lembu ke atas elektrod bercetak skrin karbon (SPE). Biosensor ini didapati memberikan rangsangan linear kepada enam karsinogen ini pada purata julat linear antara 0.1 – 1 ppm (R2≈0.99), had pengesanan 0.1 ppm dan nilai peratusan sisihan piawai relatif (% RSD) antara 5-8%. Biosensor DNA ketoksikan reka bentuk kedua dibina dengan mengubahsuai SPE dengan zarah nano-emas serta mikrosfera akilik berfungsi N-akriloksisuksinimida (NAS) yang dipegunkan dengan DNA 24-bes padat guanin beramina. Hasil kajian menunjukkan bahawa prestasi biosensor meningkat dalam mengesan enam jenis karsinogen tadi dengan julat linear yang lebih lebar dari 0.1 to 100 ppb (R2 ≈ 0.99) dan had pengesanan sekitar 0.05 ppb. Biosensor DNA ketiga direka bentuk dengan menggunakan SPE yang terubahsuai dengan zarah nano-emas dan silika nanosfera yang berikatan dengan DNA beramina melalui kumpulan berfungsi glutaraldehid. Untuk ini, tiga jenis DNA telah digunakan iaitu DNA bebenang tunggal dengan 24-bes padat guanin, 15-bes padat guanin dan 24-bes padat adenin dan taimin. Hasil kajian membuktikan bahawa penggunaan DNA yang kaya dengan 24-bes guanin menunjukkan prestasi biosensor terbaik kerana julat linear adalah paling lebar antara 0.01 - 100 ppb, had pengesanan serendah 0.008 ppb dan nilai RSD di bawah 5%. Biosensor ini juga didapati tidak sensitif kepada bahan toksik bukan karsinogenik dan mempunyai jangka hayat mencapai tiga bulan. Perbandingan prestasi biosensor ini dengan kaedah piawai Ames untuk ketoksikan karsinogen menunjukkan hasil kajian yang hampir sama.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 202 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_85404+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 704.42 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.