Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499875
Title: Pengoksidaan suhu tinggi struktur terkimpal aloi aluminium 6061
Authors: Nur Azida Che Lah (P58689)
Supervisor: Azman Jalar, Prof. Dr.
Keywords: Pengoksidaan suhu tinggi
Kimpalan aloi Al 6061
Kebolehrintangan
Pengaloian sekunder
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Feb-2017
Description: Pengoksidaan suhu tinggi yang melibatkan aloi Al-Mg-Si (Al 6061) sering diberi perhatian dalam industri fabrikasi dan kimpalan. Hal ini disebabkan oleh keistimewaan yang dimiliki seperti rintangan pada kakisan, kebolehbentukan dan kebolehkimpalan pada suhu bilik. Walaubagaimanapun, pada suhu tinggi struktur terkimpal aloi ini mengalami kebolehrintangan yang rendah disebabkan oleh kesan pengoksidaan yang begitu kompleks. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesan pengoksidaan suhu tinggi pada sambungan kimpalan aloi Al 6061 dengan penggunaan logam pengisi yang berbeza. Dua jenis logam pengisi yang digunakan dalam kimpalan ini adalah ER 4043 (Al-5%Si) dan ER 5356 (Al-5%Mg). Dalam kajian ini, lima jenis sampel telah dikaji iaitu LA 6061, STK 4043, STK 5356, TLP 4043, dan TLP 5356. Sampel-sampel ini telah didedahkan di dalam persekitaran udara atmosferik pada suhu 300 oC sehingga 600 oC, dalam sela masa 4, 8, 20, 30, dan 40 jam. Analisis dan pencirian sampel merangkumi perubahan berat, nilai kekerasan menggunakan Vickers mikro, analisis kecacatan menggunakan CT-Scan, morfologi dan mikrostruktur menggunakan OM dan SEM/EDX. Seterusnya, fasa oksida, keadaan kimia dan tenaga ikatan unsur ditentukan dengan menggunakan XRD dan XPS. Keseluruhan keputusan menunjukkan peningkatan berat apabila suhu dan masa pengoksidaan meningkat. Sampel-sampel tak terkimpal seperti LA 6061 dan TLP 4043 menunjukkan peningkatan berat yang rendah berbanding TLP 5356. Manakala, sampel logam terkimpal pula iaitu STK 4043 dan 5356 menunjukkan peningkatan berat yang tinggi berbanding sampel-sampel tak terkimpal. Hal ini menunjukkan bahawa TLP 5356 mempunyai kebolehrintangan yang rendah terhadap pengoksidaan suhu tinggi. Pada suhu 300 oC dan 400 oC peningkatan berat adalah rendah dan lapisan oksida yang tumbuh pada permukaan masih bersifat pelindung. Manakala, pada suhu 500 oC dan 600 oC setiap jenis sampel menunjukkan berlakunya fenomena pengoksidaan pemecahan pada sela masa 30 jam. Ini menunjukkan titik peralihan di mana lapisan oksida yang terbentuk pada permukaan sampel mula berubah menjadi lapisan oksida bukan pelindung. Bagi logam terkimpal, penggunaan ER 4043 dan 5356 mempamerkan bahawa elemen pengaloian sekunder memainkan peranan penting ke atas kebolehrintangan dan ketahanan struktur terkimpal terhadap pengoksidaan suhu tinggi. Ini disebabkan oleh komposisi 5% Si dalam substrat telah dioksidakan membentuk oksida kaya-Si tanpa membantu dalam penebalan lapisan oksida pada permukaan aloi. SiO2 didapati efektif dalam merendahkan tahap pengoksidaan dengan mengurangkan kemasukan oksigen ke dalam substrat aloi dan juga membantu mengukuhkan lapisan pelindung Al2O3. Keadaan ini berbeza dengan ER 5356 yang mempunyai 5% Mg yang membantu dalam penebalan oksida yang poros dan bersifat bukan pelindung seperti MgO dan MgAl2O4. Sebagai kesimpulan, penggunaan logam pengisi ER 4043 pada sambungan kimpalan Al 6061 adalah bersesuaian untuk aplikasi sehingga suhu tinggi. Manakala, penggunaan logam pengisi ER 5356 dicadangkan untuk aplikasi suhu rendah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 172
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85346+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
103.5 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.