Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499871
Title: Domestikasi rotifer marin (Brachionus plicatilis) pada sistem ternakan berturutan dengan rumpai laut sebagai penapis semulajadi
Authors: Abdull Razak Abd Rahman (P48204)
Supervisor: Othman Hj. Ross, Prof. Dr.
Keywords: Industri akuakultur
Rotifer
Rumpai laut
Penapis semulajadi
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 25-Apr-2017
Description: Industri akuakultur memerlukan rotifer Brachionus plicatilis sebagai makanan hidup untuk larva ikan dan krustasia. Pemberian makanan kepada rotifer yang terdiri daripada jenis mikroalga telah diketahui memberikan kesan terhadap penghasilan rotifer. Kajian dijalankan untuk menilai kadar pertumbuhan seketika (μ) rotifer B. plicatilis apabila diberikan makanan yang terdiri daripada lima spesies mikroalga FRI, Pulau Sayak. Nannochloris sp., Tetraselmis sp., Isochrysis sp., Chlorella sp. dan Nannochloropsis sp. telah dipilih sebagai makanan rotifer pada kepadatan lingkungan 0.1 hingga 1.5 × 106 sel/ml dengan isipadu pengkulturan 20, 70 dan 210 ml. Pada umumnya kajian ini menunjukkan pemilihan kepadatan diet dari 0.3 hingga 1.5 × 106 sel/ml menghasilkan purata kadar pertumbuhan seketika melebihi 0.90 per hari. Pada 0.1 × 106 sel/ml, Tetraselmis sp. sahaja yang menunjukkan nilai μ yang tinggi berbanding alga yang lain. Tetraselmis sp. pada 0.1 × 106 sel/ml juga menunjukkan nilai μ lebih tinggi menggunakan kultur kecil 20 ml dengan perbezaan yang signifikan dengan 210 ml. Kajian juga dilakukan untuk menilai kesan penggunaan tiga spesies rumpai laut iaitu Ulva sp., Gracilaria sp. dan Kappaphycus sp. sebagai agen penapis semulajadi dalam pengkulturan rotifer B. plicatilis. Keputusan menunjukkan dengan penggunaan Ulva sp. (p<0.01), Gracilaria sp. (p<0.05), dan Kappaphycus sp. (p<0.05), pada berat basah 7 g dalam 10 L air laut menunjukkan kesan yang signifikan berbanding kawalan. Bagi kesemua rumpai laut yang diuji, keputusan menunjukkan setelah tercapainya nilai μ tertinggi, penambahan jumlah berat penggunaan rumpai laut memberikan kesan penurunan kepada keberkesanan penapis semulajadi. Percubaan ini menunjukkan Ulva sp. sesuai digunakan sebagai penapis semulajadi. Kemampuan Ulva sp. sebagai penapis semulajadi dalam pengkulturan rotifer B. plicatilis telah dinilai menggunakan Ulva intestinalis. Sebanyak 20 g berat basah U. intestinalis dimasukkan ke dalam bekas 40 liter berisipadu air laut 10 liter yang terdahulunya bersama rotifer. Bacaan permulaan indeks kualiti air laut tersebut adalah 0.36 ± 0.28 mg/L bagi NH3-N, 0.069 ± 0.025 mg/L bagi NO2-N, 0.90 ± 0.77 mg/L bagi NO3-N dan 0.993 ± 0.0058 mg/L bagi PO43- serta bacaan alkaliniti 114 ± 0.1 mg/L, pH 7.23 ± 0.08, suhu 26.3 ± 0.1OC dan saliniti 30 ± 0.1 psu. Selepas sehari dirawat dengan rumpai laut U. intestinalis, indeks bacaan kualiti air tersebut berubah kepada 0.001 mg/L bagi NH3-N, 0.090 ± 0.014 mg/L bagi NO2-N, 0.70 ± 0.60 mg/L bagi NO3-N dan 0.89 ± 0.03 mg/L bagi PO43- serta alkaliniti adalah 114 ± 0.1 mg/l, pH 7.45 ± 0.05, suhu 26.0 ± 0.10OC dan saliniti 30.0 ± 0.1 psu. Kemampuan U. intestinalis sebagai penapis semulajadi terserlah dengan berlakunya penurunan terhadap kandungan kepekatan NH3-N perbezaan yang signifikan dan 10% PO43- berbanding 2% bagi kawalan diantara permulaan rawatan dilakukan dengan selepas sehari rawatan diberikan. Namun pada hari kedua dan berikutnya, keputusan bacaan indeks kualiti air adalah bercanggah dengan bacaan selepas sehari. Penemuan ini dipercayai disebabkan oleh U. intestinalis adalah hidupan di zon pasang-surut dan percikan air laut, oleh itu dengan merendamkan U. intestinalis secara berterusan dalam air pengkulturan, menjadikannya tidak seperti di persekitaran semulajadi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 150
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85343+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
528.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.