Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499862
Title: Produktiviti dan model penilaian prestasi Sekolah Menengah Atas (SMA) di Kota Dumai Riau - Indonesia
Authors: Arif Murti Rozamuri (P72622)
Supervisor: Nur Riza Mohd Suradi, Prof. Madya Dr.
Keywords: Produktiviti
Model penilaian prestasi
Sekolah Menengah Atas
Kota Dumai
Riau
Indonesia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Apr-2017
Description: Setiap rakyat berhak mendapat pendidikan yang berkualiti. Melalui sekolah, pembangunan pendidikan itu bermula. Terdapat pelbagai jenis dan tahap sekolah di Indonesia, salah satunya ialah Sekolah Menengah Atas (SMA). SMA kerajaan dan persendirian di Indonesia berjumlah 12,107 buah. SMA kerajaan dan persendirian di kota Dumai yang mempunyai penduduk seramai 253,803 orang pula adalah sebanyak 12 buah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan pendidikan, iaitu yang pertama, hala tuju pemerintah Indonesia ialah untuk memperbanyakkan Sekolah Menengah Kejuruan (SMK)/Sekolah Vokasional yang menghasilkan pelajar yang berkemahiran. Namun, data Badan Pusat Statistik (BPS) menunjukkan bahawa pada tahun 2012/2013 bilangan SMA lebih banyak berbanding SMK. Kedua, pemilihan sekolah adalah berdasarkan persepsi dan maklumat dari mulut ke mulut semata-mata, tanpa ada data atau maklumat yang sahih dan boleh dipercayai mengenai kualiti dan produktiviti sekolah. Berkait dengan permasalahan kedua, iaitu sebilangan besar ibu bapa telah mengamalkan Korupsi, Kolusi dan Nepotisme (KKN) untuk memastikan anak-anak mereka mendapat tempat di sekolah yang ditanggapi sebagai berkualiti dan produktif. Ketiga, Perancangan Pembangunan Jangka Panjang Pendidikan Indonesia memasuki fasa ketiga (2015-2020) iaitu persaingan serantau dalam mempersiapkan institusi pendidikan/sekolah yang berkualiti dan berdaya saing di peringkat serantau. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti produktiviti dan menentukan model penilaian prestasi sekolah bagi SMA di kota Dumai. Tinjauan, perbincangan kumpulan fokus dan temu bual bersemuka dijalankan dengan melibatkan guru, pengetua dan pengawas sekolah di kota Dumai. Sebanyak 215 sampel diperoleh menggunakan kaedah pensampelan berstrata. Produktiviti sekolah bagi tahun 2011/2012 dan 2012/2013 diukur menggunakan indikator input ialah nisbah pelajar per guru manakala output ialah purata gred ujian nasional pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Indonesia. Hasil kajian mendapati bagi tahun 2011/2012 sekolah yang mencapai kecekapan iaitu SMA Binsus, SMA 1, SMA 2, SMA Muhammadiyah dan SMA Lancang Kuning. Bagi tahun 2012/2013 sekolah yang mencapai kecekapan iaitu SMA Binsus, SMA 1 dan SMA Muhammadiyah. Secara keseluruhannya bagi tahun 2011/2012 dan 2012/2013 sekolah yang kerap menjadi penanda aras dan rujukan bagi sekolah yang lain iaitu SMA Binsus sebanyak 14 kali dan SMA Muhammadiyah sebanyak 11 kali. Kaedah Kuasa Dua Terkecil Separa (KDTS) digunakan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi prestasi sekolah. Enam faktor dalaman yang merupakan standard nasional pendidikan dikenal pasti, iaitu kurikulum dan penilaian pendidikan, proses pembelajaran mengajar, tenaga pendidik/kependidikan, sarana dan prasarana, pengurusan dan pengelolaan, serta pembiayaan pendidikan. Manakala faktor luaran terdiri daripada ekonomi, sosial dan persekitaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor dalaman yang memberikan pengaruh terhadap model penilaian prestasi sekolah adalah tenaga pendidik/kependidikan dan sarana dan prasarana. Manakala kesemua faktor luaran mempengaruhi prestasi sekolah. Model penilaian prestasi sekolah dapat dijadikan sebagai penanda aras untuk mengukur prestasi sekolah di Indonesia khususnya di kota Dumai dalam rangka mempersiapkan sektor pendidikan bagi persaingan serantau. Selain daripada itu, hasil kajian juga membuktikan terdapat beberapa SMA yang tidak produktif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 204
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85336+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
478.83 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.