Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499858
Title: Kajian kesan perubahan guna tanah terhadap kualiti air Sungai Siak, Riau, Indonesia
Authors: Mohammad Yamin (P54238)
Supervisor: Wan Zuhairi Wan Yaacob, Prof. Madya Dr.
Keywords: Kualiti air
Sungai Siak
Riau
Indonesia
Guna tanah
Pencemaran air
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Sep-2017
Description: Kualiti air Sungai Siak sangat dipengaruhi oleh faktor-faktor guna tanah dan keadaan persekitarannya. Air semula jadi Sungai Siak sangat penting untuk keperluan masyarakat di kawasan perbandaran Pekanbaru hingga bandar Perawang, termasukair minuman, pengairan, industri, pengangkutan dan rekreasi atau pelancongan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpastikesan guna tanah, mengenalpasti sumber pencemaran, tahap pencemaran terkini air Sungai Siak, dan mencadangkan kaedah penyelesaian untuk kesejahteraan lembangan Sungai Siak. Sepuluh10 parameter utama, iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biologi,keperluan oksigen kimia, nilai pH, ammonia, suhu, kekeruhan, kekonduksian elektrik, jumlah pepejal terampai dan jumlah pepejal terlarut telah digunakan dalam kajian ini. Semua keputusan yang diperolehidibandingkan dengan piawaian yang ditetapkan oleh Indeks Kualiti Air (IKA). Perubahan guna tanah di lembangan Sungai Siak dihitung dengan menggunakan pertindihan imej (overlay) satelit tahun 2006, 2009 dan 2011.Hasil kajian mendapati, punca utamapencemaran air Sungai Siakadalah akibatalih fungsi kawasan hutan menjadi perladangan, pertanian, perlombongan, permukiman, pelancongan dan kawasan industri. Hasil kajian mendapati bahawa air Sungai Siak berstatus tercemar (Kelas IV). Kaedah pengurusan implementasi bersepadutelah dicadangkan untuk memberi maklumat mengenai sumber pencemar, status pencemaran, dan langkah-langkah mengatasinya. Pendekatan implementasi bersepadu pengurusan guna tanah dan kawalan kualiti air Sungai Siak dilakukan dengan mengenalpasti lokasi sumber pencemaran, dan konsep peranan swasta dan penyertaan masyarakat dalam menjaga kesejahteraan lembangan Sungai Siak.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 221
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85333+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
177.27 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.