Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499755
Title: Kesan alelopati chromolaena odorata (l.) R.m. King & h. Rob. Dan mikania micrantha kunth ke atas rumpai dan sayuran terpilih
Authors: Nornasuha Yusoff (P61366)
Supervisor: Ismail Sahid, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Rumpai alelopati
Chromolaena odorata
Mikania micrantha
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Mar-2016
Description: Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji kesan rumpai alelopati Chromolaena odorata dan Mikania micrantha terhadap percambahan, pertumbuhan, dan aktiviti biokimia spesies bioasai terpilih (tiga spesies rumpai iaitu Eleusine indica, Cyperus iria dan Ageratum conyzoides dan tiga spesies tanaman sayuran iaitu Zea mays, Brassica chinensis, dan Cucumis sativus) di Malaysia. Eksperimen dilakukan dalam makmal dan rumah kaca untuk mengkaji kesan ekstrak akuas dan sarap daun serta tanah yang ditumbuhi rumpai terhadap percambahan dan pertumbuhan spesies bioasai. Tiga kepekatan ekstrak akuas (12.5, 25 dan 50 g/L) dan sarap (2.5, 5.0 dan 10.0 g/500 g tanah) daun digunakan dalam eksperimen ini. Selain itu, kesan alelopati daun C. odorata dan M. micrantha turut dikaji pada kandungan malondialdehid (MDA), kepekatan protein, dan aktiviti enzim peroksidase (POD) serta enzim katalase (CAT) dalam spesies bioasai. Kajian turut dijalankan untuk melihat kesan larut resap daun (kaedah "Sandwich"), pemeruapan daun (kaedah "Dish pack") dan eksudat akar (kaedah "Plant box") C. odorata dan M. micrantha terhadap percambahan danpertumbuhan spesies bioasai. Hasil menunjukkan pertumbuhan E. indica, A. conyzoides dan B. chinensis mengalami perencatan secara signifikan lebih daripada 90% daripada kawalan apabila diaplikasi dengan 50.0 g/L ekstrak akuas daun C. odorata dan M. micrantha. Semakin bertambah kepekatan ekstrak akuas, kadar percambahan spesies bioasai semakin menurun. Sarap daun C. odorata dan M. micrantha merangsang secara bererti pertumbuhan spesies bioasai tanaman terutamanya B. chinensis. Sebaliknya sarap daun M. micrantha merencat secara signifikan percambahan dan lebih daripada 50% daripada kawalan pertumbuhan bagi C. iria dan A. conyzoides pada kadar 10.0 g / 500 g tanah. Hanya percambahan B. chinensis direncat sebanyak 43% apabila ditanam dengan tanah ditumbuhi C. odorata dan M. micrantha. Hasil daripada ketiga-tiga eksperimen ini, B. chinensis menunjukkan tindak balas perencatan alelopati tertinggi berbanding kesemua spesies bioasai. Kandungan MDA dan aktiviti enzim CAT meningkat melebihi 50% berbanding kawalan tetapi kepekatan protein berkurang 38% berbanding kawalan pada bahagian akar B. chinensis apabila diaplikasi pada kepekatan 50.0 g/L ekstrak akuas daun C. odorata. Hasil kajian juga menunjukkan larut resap 50 mg daun C. odorata dan M. micrantha merencat pemanjangan akar B. chinensis lebih 90% berbanding kawalan. Selain itu, pemanjangan akar B. chinensis direncat sebanyak 64% berbanding kawalan pada jarak 41 mm pemeruapan daun C. odorata. Eksudat akar C. odorata dan M. micrantha merencat pemanjangan akar B. chinensis masingmasing sebanyak 49% dan 34% berbanding kawalan. Oleh itu, potensi alelopati daun C. odorata dan M. micrantha adalah bergantung kepada kepekatan ekstrak dan spesies bioasai kajian yang digunakan. Berdasarkan penyaringan alelokimia bercirian sebatian organik meruap dengan menggunakan HS-GC-MS, sebatian utama yang dibebaskan oleh daun C. odorata ke persekitaran adalah α-pinena, germakrena D dan β-pinena, manakala daun M. micrantha membebaskan germakrena D, β-karyofillena dan β- himakalena ke persekitaran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 228
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_82190+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
422.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.