Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499518
Title: Analisis stokastik ribut di Semenanjung Malaysia
Authors: Rado Yendra (P48991)
Supervisor: Abdul Aziz Jemain, Prof. Dr
Keywords: Rainstorms
Stokastik ribu
Stochastic analysis
Issue Date: 2014
Description: Pemodelan hujan ribut berstokastik berasaskan kejadian dan kelompok dengan menggunakan data hujan setiap jam sangat penting, terutama bagi meramalkan sifat ribut ekstrim (amaun, kelebatan dan tempoh) tahunan pada tempoh 50 dan 100 tahun dan memberikan maklumat penting lainnya tentang sifat ribut (kekerapan berlakunya ribut, bilangan sel hujan dalam sesuatu ribut, masa sel hujan bermula, kelebatan dan tempoh sel hujan dalam sesuatu ribut). Pemodelan sifat ribut ekstrim tahunan dijalankan dengan memberikan tumpuan kepada penentuan taburan yang paling sesuai bagi menerangkan sifat ribut ini. Lima taburan iaitu taburan ekstrim teritlak (GEV), taburan Pareto teritlak (GP), taburan logistik teritlak (GL), taburan Pearson 3-parameter (PT3), dan taburan log normal 3-parameter (LN3) akan digunakan dan diselidiki pada 40 stesen hujan di Semenanjung Malaysia. Taburan yang paling sesuai akan digunakan bagi menghasilkan masa ulang sifat ribut ekstrim untuk 50 dan 100 tahun kehadapan dan melalui kaedah interpolasi terutamanya dengan menggunakan teknik Krige, peta masa ulang sebegini turut dihasilkan untuk seluruh kawasan Semenanjung Malaysia. Pemodelan hujan berstokastik Segi Empat Denyut Neyman-Scott (SDNS) yang telah dikenali adalah model yang paling sesuai bagi kajian ribut berasaskan kelompok. Kebagusan pemadanan model bergantung kepada pemilihan kombinasi statistik, agregat data hujan dan taburan bagi kelebatan sel hujan. Kajian yang dijalankan pada sembilan stesen hujan di Semenanjung Malaysia telah didapati bahawa kombinasi statistik min hujan pada agregat 1 jam, variasi hujan 1, 6 dan 24 jam, auto korelasi lat 1 pada 1 dan 24 jam dan kebarangkalian hujan 1 dan 24 jam serta menggunakan taburan eksponen bagi kelebatan sel hujan adalah yang paling sesuai bagi stesen-stesen hujan di Semenanjung Malaysia. Model SDNS yang sebegini akan dijalankan pada 48 stesen hujan di Semenanjung Malaysia bagi menghasilkan sifat ribut, manakala melalui teknik Krige peta profil ribut untuk hujan yang berlaku tiap-tiap bulan di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia turut dihasilkan. Pemetaan sifat ribut ini tentu saja sangat penting bagi pihak-pihak yang menginginkan maklumat lengkap tentang sifat ribut ini. Pengujian kecekapan model SDNS melalui kesamaan pemetaan statitik cerapan (min hujan 1 dan 24 jam serta kebarangkalian hujan 1 dan 24 jam) dan pemetaan statistik anggaran yang dihasilkan melalui model SDNS bagi setiap bulan, telah mengukuhkan kembali bahawa model NSRP telah berjaya dilakukan bagi seluruh kawasan di Semenanjung Malaysia. Berasaskan model SDNS terbaik, simulasi data hujan akan dilakukan sebanyak 100 kali, melalui perbandingan hasil cerapan dan simulasi didapati bahawa model SDNS adalah yang paling sesuai bagi menjanakan siri hujan setiap jam dalam masa yang panjang. Simulasi ini juga mampu menganggarkan nilai maksimum hujan tahunan bagi tempoh 50 atau 100 tahun.,PHD
Pages: 165
Call Number: QA274.2.R335 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76230+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.38 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.