Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499502
Title: Sintesis Dan Pencirian Oligomer Terbitan Tiofena-Fenilena Untuk Kegunaan Diod Pemancar Cahaya
Authors: Teh Chin Hoong (P51561)
Supervisor: Rusli Daik, Prof. Dr.
Keywords: Sintesis Dan Pencirian Oligomer
Sintesis Oligomer
Pencirian Oligomer
Oligomer Terbitan Tiofena-Fenilena
Oligomer Terbitan Tiofena-Fenilena Untuk Kegunaan Diod Pemancar Cahaya
Thiophenes
Issue Date: 27-Aug-2013
Description: Dalam kajian ini, trimer tiofena-fenilena-tiofena (BRT2) dan pentamer tiofena-tiofenafenilena- tiofena-tiofena (BRBT2) dengan R mewakili panjang rantaian alkiloksi (– butiloksi, -heksiloksi atau –oktiloksi) telah berjaya dihasilkan menerusi tindak balas eter Williamson, pembrominan dan gandingan Suzuki. Struktur molekul sebatian, trimer dan pentamer tiofena-fenilena telah dikenalpasti menerusi spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR) dan resonan magnet nukleus karbon-13 dan proton (13C dan 1H NMR). Kesemua sebatian dan oligomer tiofena-fenilena dengan panjang rantaian alkiloksi berbeza mempunyai spektrum FTIR dan NMR yang sama. Panjang rantaian alkiloksi yang berbeza pada gelang fenilena didapati tidak mempengaruhi sifat optik dan elektrokimia oligomer tiofena-fenilena terhasil. Sebaliknya, koefisien keserapan molar, εmaks dan intensiti berpendaflour pentamer tiofena-fenilena berkurangan dengan penggunaan rantaian alkiloksi yang panjang. Ini kerana wujudnya sedikit sisihan pada ko-kesatahan rantaian utama konjugasi-π. Tetapi, sifat keterlarutan oligomer tiofena-fenilena meningkat disebabkan oleh sifat hidrofobik daripada rantaian oktiloksi menjadi besar. Trimer tiofena-fenilena dengan rantaian sisi oktiloksi mempunyai takat lebur hablur, Tm dan suhu mula penghabluran, Tc yang rendah akibat rantaian alkiloksi yang panjang mengganggu keberkesanan pemadatan rantaian. Oligomer tiofena-fenilena berkumpulan hujung dengan gelang benzo[b]tiofena mempunyai puncak serapan UV/Vis maksimum, λmaks dan puncak pancaran maksimum, λPL yang lebih besar berbanding oligomer berkumpulan hujung dengan gelang tiofena. Ini kerana gelang benzo[b]tiofena mempunyai struktur planar dan segmen konjugasi-π lanjutan yang membantu meminimumkan sisihan kokesatahan. Pemanjangan rantaian utama konjugasi-π melalui penambahan gelang tiofena atau gelang benzo[b]tiofena menyebabkan peralihan batokrom pada λmaks dan λPL di samping merendahkan tenaga jurang jalur optik, Eg. Kedua-dua larutan trimer BRT2 dan BRbenzoT2 memancarkan cahaya ungu-biru dengan λPL maksimum masing-masing pada 421.5 nm dan 442 nm. Larutan BRBT2 pula memancarkan cahaya biru (λPL= 499 nm) manakala pancaran berwarna biru-hijau (λPL = 513 nm) diperolehi dengan menggunakan larutan BRbenzoBT2. Kajian ini berjaya menghasilkan dai pemancar cahaya biru dan biru-hijau yang mempunyai keterlarutan baik dalam kloroform, diklorometana, toluena dan tetrahidrofuran untuk diaplikasikan sebagai bahan aktif diod pemancar cahaya.,PhD
Pages: 209
Call Number: QD403 .T439 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75089+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.