Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499498
Title: | Pemodelan Copula Dan Regresi Sifar Terlaras Dalam Penentuan Kadar Premium |
Authors: | Yulia Resti (P44151) |
Supervisor: | Noriszura Ismail, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Pemodelan Copula Regresi Sifar Terlaras Dalam Penentuan Kadar Premium Akta Pengangkutan Jalan 1987 Copulas (Mathematical statistics) |
Issue Date: | 9-Jun-2013 |
Description: | Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan setiap pemilik kenderaan berdaftar untuk memiliki insurans yang sekurang-kurangnya memberi pampasan kecederaan atau kematian orang lain akibat kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan masing-masing. Premium insurans kenderaan bermotor di Malaysia ditentukan oleh struktur tarif yang ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Namun, penentuan kadar premium yang ditentukan struktur tarif boleh menyebabkan syarikat kurang berdaya saing dan kepentingan orang ramai tidak dilindungi. Suatu kemalangan kenderaan jalanraya mungkin boleh menghasilkan tiga kategori tuntutan yang mempunyai kebersandaran iaitu tuntutan kecederaan pihak ketiga (TPBI), tuntutan kerosakan sendiri (OD), dan tuntutan kerosakan harta pihak ketiga (TPPD). Jika terdapat lebih daripada satu jenis tuntutan, andaian tidak bersandar antara beberapa kategori tuntutan ini boleh menyebabkan premium terlebih atau terkurang anggar. Kerangka perkadaran premium insurans motor yang berdaya saing dan melidungi kepentingan orang ramai di Malaysia pernah dikaji, namun kesan kebersandaran antara beberapa kategori tuntutan diabaikan. Selain itu, walaupun model purata kos tuntutan kenderaan di Malaysia pernah diselidik, hanya kos tuntutan positif diambil kira, padahal dalam suatu tempoh pendedahan insurans, suatu polisi boleh mempunyai kedua-dua kos tuntutan sifar dan bukan sifar. Kajian ini mengusulkan pendekatan copula keluarga Elliptical dan Archimedean untuk menyelesaikan masalah kebersandaran antara kategori tuntutan insurans. Masalah pemodelan kos tuntutan yang melibatkan kedua-dua kos sifar (kejadian tidak membuat tuntutan) dan kos positif (kejadian melakukan tuntutan) diselesaikan dengan mencadangkan model regresi sifar terlaras Gamma (ZAGA) dan sifar terlaras Inverse Gaussian (ZAIG). Kajian ini mencadangkan tiga model statistik sebagai kerangka untuk menganggar premium iaitu model tak bersandar, model bersandar dan model yang mengambil kira kos sifar.,PhD |
Pages: | 231 |
Call Number: | QA273.6 .Y839 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75052+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.