Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/499424
Title: | Kajian fitokimia dan bioaktiviti ke atas shorea faguetiana dan goniothalamus rotundisepalus |
Authors: | Rohaiza binti Saat (P45112) |
Supervisor: | Laily bin Din, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Fitokimia Bioaktiviti Shorea faguetiana Goniothalamus rotundisepalus Dipterocarpaceae |
Issue Date: | 29-Nov-2012 |
Description: | Kajian fitokimia dan bioaktiviti telah dijalankan ke atas dua spesies tumbuhan iaitu Shorea faguetiana (Dipterocarpaceae) dan Goniothalamus rotundisepalus (Annonaceae). Pengekstrakan secara rendaman telah dijalankan ke atas serbuk sampel kering bahagian terpilih tumbuhan ini dengan menggunakan pelarut aseton, etil asetat, metanol dan larutan dipekatkan menggunakan alat penyejat berputar bagi mendapatkan ekstrak kasar masing-masing. Pemencilan dan penulenan sebatian kimia dilakukan dengan menggunakan pelbagai teknik kromatografi antaranya kromatografi cecair vakum, kromatografi radial, kromatografi turus sephadex LH-20 dan kromatografi lapisan nipis preparatif. Struktur kimia sebatian tulen yang telah dipisahkan ditentukan melalui pelbagai teknik spektroskopi termasuk RMN (1H, 13CAPT, COSY, HMQC dan HMBC), IM, UL, SJ dan membandingkan data yang diperolehi dengan data kepustakaan. Lima sebatian tulen telah dipisahkan daripada ekstrak aseton kulit kayu S. faguetiana yang dikenal pasti sebagai (-)-laevifonol, (-)- hemsleyanol A, (-)-α-viniferin, (-)-vatikanol B dan asid 2α,3 ,23-trihidroksi-urs-12- ena-28-oic (terbitan asid ursolik). Ekstrak aseton bahagian kayu menghasilkan (-)- vatikanol A, (-)-ampelopsin E, (-)-hopeafenol dan (-)-isohopeafenol, manakala ekstrak metanol bahagian kayu pula menghasilkan (-)- -viniferin, (-)-ampelopsin F dan (-)- ampelopsin H. Kajian fitokimia ke atas ekstrak etil asetat akar G. rotundisepalus telah memencilkan tiga sebatian alkaloid laktam iaitu goniopedalina, oldhamactam dan sebatian baru, yang dicadangkan sebagai asid 10-amino-2,3,4,9- tetrametoksifenantrena-1-karboksilik laktam atau asid 10-amino-2,3,4,8- tetrametoksifenantrena-1-karboksilik laktam. Sebatian stigmasterol dan piperolactam C telah berjaya dipencilkan daripada ekstrak metanol bahagian batang G. rotundisepalus. Kajian bioaktiviti ke atas ekstrak kasar dan sebatian tulen dilakukan menggunakan ujian antibakteria dan antioksidan. Ekstrak metanol kulit kayu S. faguetiana, (-)-hopeafenol dan (-)-isohopeafenol menunjukkan perencatan yang kuat terhadap bakteria, Bacillus subtilis, Streptococcus aureus, Escherichia coli dan Salmonella typhimurium dengan diameter perencatan 9.0-13.0 mm dan nilai MIC sekitar 62.5-250 g/ml dalam ujian antibakteria. Ujian antioksidan dengan kaedah DFPH memperlihatkan ekstrak metanol kulit kayu dan kayu S. faguetiana (FKM & FBM) menunjukkan aktiviti perencatan radikal DFPH tertinggi dengan nilai EC50 masing-masing 82.0 g/ml dan 85.0 g/ml. Sebatian (-)-hopeafenol, (-)-isohopeafenol dan (-)- -viniferin juga menunjukkan aktiviti antioksidan yang kuat dengan nilai EC50 140.0, 150.0 dan 200.0 g/ml. Hasil ujian pelunturan -karotena adalah selari dengan keputusan DFPH di mana ekstrak metanol S. faguetiana, (-)-hopeafenol dan (-)- isohopeafenol turut menunjukkan aktiviti antioksidan yang kuat. Pengukuran kandungan total fenolik menggunakan reagen Folin-Ciocalteau menunjukkan bahawa ekstrak metanol FBM mengandungi kandungan total fenolik tertinggi iaitu 236.1±0.01 mg/g diikuti oleh ekstrak FKM (207.3 ±0.00 mg/g) dalam kesetaraan asid galik.,Ph.D |
Pages: | 309 |
Call Number: | SD397.D5.R654 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_72897+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.