Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/498004
Title: | Gambaran Sosio Budaya Masyarakat Melayu Melalui Novel-Novel Karya Zuraida Jacobs |
Authors: | Hanida Haron (P52647) |
Supervisor: | Misran Bin Rokimin, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Sosio Budaya Masyarakat Melayu Budaya Masyarakat Melayu Melalui Novel-Novel Karya Zuraida Jacobs Sosiobudaya Melayu Unsur-Unsur Budaya Melayu Malay literature-History and criticism |
Issue Date: | 9-Oct-2013 |
Description: | Masyarakat Melayu Cape, Afrika Selatan yang wujud lebih daripada 300 tahun yang lampau dipercayai berasal dari Alam Melayu. Penjajah Inggeris telah membawa mereka sebagai hamba dan orang buangan politik. Masyarakat ini dikatakan sinonim dengan Islam. Mereka menggunakan label ini sebagai identiti dalam perjuangan menuntut hak mereka di Afrika Selatan. Hasil daripada pertembungan budaya, berlakunya perkahwinan campur yang merumitkan pencarian identiti dan budaya masyarakat ini. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis novel Rayda Jacobs sama ada masih terdapat lagi amalan kehidupan bangsa Melayu dalam masyarakat ini melalui tulisannya. Zuraida Jacobs (Rayda Jacobs) ialah seorang penulis Afrika Selatan yang dipercayai berketurunan Melayu dan bermastautin di Cape Town. Beliau berjaya menerima beberapa anugerah seperti Herman Charles Bosman Prize dan Sunday Times Fiction Award. Metodologi kajian dilakukan dengan membaca lima buah novel beliau menggunakan teknik bacaan rapi (closed reading techniques), kemudian menganalisis isi (content analysis) dengan berlandaskan teori budaya oleh E. B. Taylor. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengetahui unsur-unsur sosiobudaya Melayu dan menganalisis unsur-unsur budaya Melayu yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu Cape dengan memberi tumpuan kepada kepercayaan dan upacara, perkahwinan dan kekeluargaan, pakaian, makanan, adat istiadat dan pantang larang. Novel-novel tersebut ialah Eyes of the Sky, The Slave Book, Sachs Street, Confessions of a Gambler, dan My Father’s Orchid. Hasil penelitian terhadap unsur-unsur sosiobudaya Melayu dalam lima buah novel tersebut didapati bahawa pemikiran Melayu penulis masih kuat begitu juga dengan jati diri Melayu yang ada pada diri beliau. Gambaran sosiobudaya yang dipaparkan melalui novel-novel beliau ternyata menunjukkan ada persamaan dengan amalan budaya masyarakat Melayu di rantau ini.,PhD |
Pages: | 275 |
Call Number: | PL5144.N6 .H359 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71591+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.