Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/498002
Title: | Pemilihan Kepala Daerah Dalam Politik Indonesia: Kajian Kes Di Kampar Riau |
Authors: | Nurhamin (P42261) |
Supervisor: | Sity Daud, Prof.Madya Dr. |
Keywords: | Kepala Daerah Politik Indonesia Era Reformasi Orde Baru Local government-Indonesia-Riau (Province)-Case studies |
Issue Date: | 20-Jul-2013 |
Description: | Kajian ini membincangkan perubahan dalam Pemilihan Kepala Daerah pada era reformasi di kabupaten Kampar. Tesis ini juga meneroka mengenai perilaku politik elit dan pengundi di daerah berkenaan. Permasalahan kajian yang diajukan ialah perubahan dalam pemilihan kepala daerah semasa Orde Baru semasa krisis ekonomi yang menyebabkan kejatuhan Soeharto dan seterusnya kemunculan reformasi dan bagaimana pemilukada langsung memberi peluang kepada elit parti, birokrat dan elit lokal untuk mempengaruhi perilaku pengundi di kabupaten Kampar. Kajian ini telah memanfaatkan kaedah kajian yang kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data secara kualitatif adalah berdasarkan kepada temubual intensif ke atas 15 orang informan utama manakala rujukan juga dilakukan kepada kajian, buku, jurnal, tesis dan keratan akhbar yang berkaitan. Manakala kaedah kuantitatif pula berdasarkan kepada soal selidik terhadap 600 responden dan data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Konsep budaya politik dan teori perilaku pengundi telah digunakan sebagai alat analisis untuk empat objektif utama tesis ini. Pertama, membincangkan peranan Soeharto dan kroninya dalam Pemilihan kepala daerah Orde Baru; kedua, menganalisis krisis ekonomi di Indonesia sehingga kejatuhan Soeharto; ketiga, menganalisis peranan elit parti, birokrat, elit lokal dan penyelenggara pemilu dalam proses pemilukada; dan keempat, menilai integrasi politik lokal di kampar. Analisis kajian ini menunjukkan pemilukada merupakan lanjutan daripada oligarki, penaungan dan nasional etnis Orde Baru. Lebih penting lagi, hasil kajian ini menunjukkan empat penemuan utama; pertama, pemilihan kepala daerah semasa orde baru telah menonjolkan “monopoli kuasa” atau autoritarian soeharto dalam budaya politik yang tidak demokratis di daerah; kedua, krisis ekonomi mencetuskan reformasi terhadap pemerintahan autoritarian Soeharto yang mengurangi kepercayaan terhadap kerajaan pusat dan bermulanya otonomi daerah; ketiga, kuasa pengerusi parti daerah telah memberi peluang kepada calon kepala daerah mengatur strategi nasional etnik putera daerah dan pendatang; dan keempat, peranan elit parti dynasty neo oligarki dan birokrat patron-klien berperingkat berpengaruh signifikan terhadap perilaku pengundi daerah luar bandar terutamanya kelompok parokial dan subjektif manakala elit lokal berpengaruh signifikan terhadap partisipasi pengundi kelompok rasional di kabupaten Kampar. Dapatan kajian lain menunjukkan Rejim Orde Baru telah menggunakan kuasanya dalam program transmigrasi penduduk ke daerah sehingga menciptakan integrasi politik masyarakat lokal dan pendatang pasca reformasi di kabupaten Kampar.,PhD |
Pages: | 394 |
Call Number: | JS7205.R534 .N847 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71554+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.15 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.