Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497997
Title: Tahap amalan gerimander dalam persempadanan bahagian pilihan raya: kes persempadanan dewan undangan negeri Pulau Pinang
Authors: Sezali Md Darit (P29474)
Supervisor: Mohd Fuad Mat Jali, Prof. Madya Dr.
Keywords: Gerimander
Pilihan raya
Gerrymandering -- Malaysia -- Pulau Pinang
Issue Date: 28-Feb-2011
Description: Fasal 113 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan persempadanan semula kawasan pilihan raya harus dilakukan dalam lat tempoh 8 hingga 10 tahun oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Proses persempadanan semula ini sering kali menimbulkan rasa tidak puas hati parti pembangkang dengan dakwaan wujudnya campur tangan parti pemerintah. Ini membawa kepada persoalan sama ada pemerintah sebenarnya telah mencampuri urusan persempadanan semula demi kepentingan parti yang memerintah. Sehubungan itu tujuan kajian ini ialah untuk menentukan sama ada wujud atau tidak amalan gerimander dalam proses persempadanan bahagian pilihan raya dengan menggunakan model persempadanan yang diketengahkan oleh Altman (1998) berdasarkan tiga faktor iaitu persamaan pemilih, kesinambungan kejiranan dan kepadatan geografi dengan mengambil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sebagai kawasan kajian. Dalam kajian ini dua jenis data asas digunakan iaitu data pemilih, dan data pemilih digabungkan dengan data penduduk yang berumur 20 tahun dan ke atas untuk menguji faktor kesamaan pemilih yang mesti mematuhi syarat 13 peratus toleransi. Kajian ini juga memasukkan faktor baru, iaitu kepadatan pemilih sebagai penentu purata pemilih untuk mengukuhkan model kajian yang dinamakan sebagai Model Persempadanan Malaysia (MPM), dengan mengambil kira faktor kewajaran perbandaran dalam persempadanan bahagian pilihan raya di Malaysia seperti yang dilakukan oleh SPR. Kesemua faktor tersebut digunakan untuk mengukur indeks persempadanan yang akan menentukan tahap amalan gerimander sama ada sangat kuat (0.0 hingga 0.2), kuat (0.2 hingga 0.4), sederhana (0.4 hingga 0.6), lemah (0.6 hingga 0.8) atau sangat lemah (0.8 hingga 1.0). Dengan menganalisis peta sempadan DUN Pulau Pinang 2004 yang dihasilkan oleh SPR, didapati bahawa wujud amalan gerimander dengan purata indeks persempadanan 0.7116, iaitu pada tahap amalan gerimander yang lemah. Walau bagaimanapun apabila menggunakan MPM dengan meminimumkan kesamaan pemilih dan memaksimumkan kepadatan geografi, tahap tersebut dapat dikurangkan lagi daripada lemah kepada sangat lemah dengan nilai purata indeks persempadanan menjadi 0.8225 apabila data asas adalah pemilih. Hasil kajian juga menunjukkan apabila gabungan data pemilih dan penduduk digunakan, purata indeks persempadanan yang diperoleh adalah 0.7257 iaitu tidak jauh berbeza dengan persempadanan yang dihasilkan oleh SPR. Kesimpulannya kajian ini menunjukkan bahawa wujud amalan gerimander tetapi di tahap lemah sahaja dalam persempadanan 2004 oleh SPR, walau bagaimanapun melalui MPM yang diperkenalkan dengan menggunakan data pemilih telah dapat memperbaiki lagi tahap amalan gerimander daripada lemah kepada sangat lemah.,Ph.D
Pages: 237
Call Number: JQ1062.A95.S449 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_71453+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
8.11 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.