Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497969
Title: Transformasi sosial dan ekonomi migran di Bandar Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia
Authors: Sukri Nyompa (P49306)
Supervisor: Noraziah Ali, Prof. Madya Datin
Keywords: Migran
Transformasi sosial
Transformasi ekonomi
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Jan-2016
Description: Makassar merupakan ibu kota Sulawesi Selatan yang terletak di lokasi strategik dan berfungsi sebagai pusat perhubungan di Kawasan Timur Indonesia. Posisi ini menyebabkan Kota Makassar mempunyai daya tarikan kuat kepada para migran. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis transformasi sosial dan ekonomi migran dari kalangan etnik Makassar, Bugis, Toraja dan Jawa yang berhijrah ke Kota Makassar; dan mengkaji rancangan pembangunan serta cabaran Pemerintah Kota Makassar (PKM). Kaedah kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Sebanyak 600 orang responden dipilih secara purposif dari 32 kelurahan. Sampel setiap etnik masing-masing 150 orang. Data primer dan sekunder kajian diolah dengan menggunakan Mikrosoft Excel dan MapInfo 8. Analisis data menggunakan statistik deskriptif yang dipersembahkan dalam bentuk taburan kekerapan, jadual silang dan rajah. Hasil kajian menunjukkan bahawa pola migrasi keempat-empat etnik adalah berbeza dari aspek ketibaan, arah dan aliran, struktur kependudukan, dan faktor migrasi. Bentuk utama transformasi sosial yang berlaku selepas migran berhijrah ke Kota Makassar ialah pertambahan penduduk yang pesat, peningkatan tahap pendidikan, interaksi yang baik antara migran, dan antara sesame migran dengan penduduk tempatan. Dari segi transformasi ekonomi, migran mengalami perubahan pola pekerjaan, peningkatan pendapatan dan perbelanjaan, dan peningkatan pemilikan harta di Kota Makassar. Impak positif transformasi sosial dan ekonomi migran termasuklah penawaran tenaga kerja migran, fasiliti pendidikan, integrasi sosial dan remitans. Bagaimanapun, wujud pula impak negatif seperti konsentrasi dan kesesakan penduduk, persaingan pekerjaan, pengangguran, kawasan kumbahan, dan meningkatnya gejala sosial dan jenayah. Hasil kajian juga mendapati bahawa pihak kerajaan melaksanakan secara serius dan berterusan penguatkuasaan akta otonomi daerah dan pentadbiran kependudukan, dan pembangunan persekitaran yang berwawasan bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk Makassar. Keseluruhannya, taraf sosial dan ekonomi keempat-empat etnik telah mengalami peningkatan bersama daya usaha PKM. Justeru , proses mobiliti sosial menerusi migrasi ke Kota Makassar dijangka akan berterusan secara terkawal.,Ph.D.
Pages: 256
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81209+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
535.15 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.