Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497952
Title: Keberkesanan dan kualiti perkhidmatan bas di Kota Kinabalu
Authors: Harifah Mohd Noor (P53488)
Supervisor: Abd. Rahim Mohd Nor, Prof.
Keywords: Perkhidmatan bas
Pengangkutan awam
Kepuasan pengguna
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-May-2015
Description: Bandaraya Kota Kinabalu pesat membangun dan memberi kesan langsung kepada sistem pengangkutan iaitu kesesakan jalan raya. Alternatif terbaik beralih kepada penggunaan pengangkutan awam. Namun ketidakberkesanannya dianggap faktor terhadap kadar penggunaannya yang rendah. Kajian ini bertujuan menganalisis pola perjalanan, penggunaan pengangkutan awam dan tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatannya. Berdasarkan kaji selidik terhadap 988 responden yang dipilih secara rawak berstrata menunjukkan 97.8 peratus penjanaan perjalanan pada hari bekerja ialah ke pejabat, sementara aktiviti lain kebanyakan dilakukan pada hujung minggu, ini menunjukkan kesesakan jalan raya hanya pada waktu tertentu iaitu waktu puncak. Responden yang berumur antara 20-24 tahun paling kerap melakukan penjanaan perjalanan iaitu membeli-belah, keluar makan dan lawatan sosial manakala faktor jantina tidak empengaruhi perbezaan pola perjalanan harian kecuali aktiviti rekreasi. Pengangkutan awam paling kerap digunakan oleh mereka yang berpendapatan di bawah paras RM800, berusia antara 20-24 tahun, golongan pelajar dan mereka yang tidak memiliki kenderaan persendirian, manakala yang telah beralih kepada kenderaan persendirian kebanyakan berpendapatan RM3000 ke atas, terutama dari kalangan pekerja sepenuh masa, kakitangan kerajaan, dan pasangan yang telah berkahwin. Analisis kajian telah membentuk tiga komponen keberkesanan bagi kedua-dua bas mini dan bas berhenti-henti iaitu keselesaan, kebolehsampaian dan keselamatan. Faktor kebolesampaian bas mini adalah tinggi walaupun faktor keselesaan dan keselamatan lebih rendah daripada bas berhenti-henti. Pengguna berpuas hati dengan kekerapan perkhidmatan bas, namun faktor kesesakan di dalam bas, maklumat perjalanan yang tidak tepat dan tiada kemudahan untuk warga tua, kanak-kanak dan OKU adalah item keberkesanan yang memerlukan penambahbaikan segera. Indeks kepuasan pengguna bagi bas mini adalah 59.99 peratus sementara bas berhenti-henti 59.65 peratus yang membawa petunjuk perkhidmatan pengangkutan awam adalah berkesan. Namun terdapat beberapa faktor lain dan parameter keberkesanan yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa untuk penambahbaikan supaya menarik lebih ramai penduduk menggunakan pengangkutan awam.,Ph.D.
Pages: 299
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81147+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
969.04 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.