Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497944
Title: | Transformasi budaya politik Aceh: kajian tentang transformasi kepimpinan GAM dari perjuangan bersenjata kepada perjuangan politik demokratik |
Authors: | Mursyidin Zakaria (P29168) |
Supervisor: | Kamaruddin M. Said, Prof. Dr. |
Keywords: | Transformasi budaya Politik Aceh Perjuangan bersenjata Perjuangan demokratik Gerakan Aceh Merdeka Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-May-2015 |
Description: | Kajian ini mengkaji transformasi budaya politik dan kepimpinan Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang berubah daripada perjuangan bersenjata dalam era perang, kepada perjuangan politik demokrasi dalam era damai. Kajian ini telah dilakukan di Provinsi Aceh, Indonesia. Daripada segi metodologi penyelidikan, kajian ini bersifat kualitatif dimana data dikumpul menerusi temubual mendalam yang telah dijalankan dengan sekumpulan informan yang terdiri daripada pemimpin politik Aceh termasuk mantan pemimpin petinggi GAM, pengamat politik Aceh, dan pensyarah universiti di Aceh. Perang yang terjadi di Aceh selama 30 tahun, bermula pada 1951, telah membentuk institusi-institusi politik, ekonomi, sosial dan budaya yang berorientasikan perang. Ini termasuklah budaya politik dan kepimpinan Aceh yang didominasi oleh militerisme GAM. Pada 2005, MoU perdamaian antara GAM dan pemerintah Republik Indonesia telah ditanda tangani di Helsinki, Finland. Hal ini memulakan era damai bagi Aceh. Hal ini juga memulakan proses transformasi budaya politik GAM, iaitu perubahan daripada militarisme kepada penerimaan prinsip dan sistem demokrasi dalam proses pemilihan pemimpin bagi mengisi badan legislatif dan eksekutifnya. Sistem demokrasi yang melibatkan GAM ini telahpun berjaya melahirkan pemimpin baru Aceh, dan untuk jangka masa 2006-2011, Aceh dipimpin oleh Irwandi Yusuf sebagai Gabenor dan Muhammad Nazar sebagai Timbalan Gabenor. Dan dalam pilihan raya era damai Aceh kedua pada 2012, mantan aktivis GAM kembali berkuasa setelah sekali lagi menguasai DPRA, dan kuasa eksekutif pemerintahan Aceh berada di tangan Zaini Abdullah – Muzakir Manaf. Kedua-dua tokoh ini adalah mantan petinggi GAM dalam era perang dulu. Kejayaan mantan aktivis GAM memenangi kedua-dua pilihan raya Aceh ini jelas menunjukkan sokongan rakyat Aceh kepada kemimpinan mereka. Dengan menggunakan teori kepimpinan Max Weber, kajian ini mencapai satu penemuan bahawa transformasi budaya politik dan kepimpinan di Aceh, daripada budaya dan kepimpinan berbentuk militari kepada yang berbentuk demokratik ialah kerana terdapatnya seorang pemimpin de facto dalam organisasi GAM yang mempunyai kuatkuasa karismatik dalam era perang, dan kuatkuasa rasional legal berkarisma dalam era damai. Kajian ini menyimpulkan bahawa ketokohan Muzakir Manaf yang mempunyai kuatkuasa karismatik sewaktu menjadi Panglima Militer GAM, dan mempunyai kuatkuasa rasional-legal sebagai pemimpin KPA dan Partai Aceh, adalah faktor penting yang memungkinkan budaya politik GAM bertransformasi daripada yang berorientasikan militarisme kepada yang berorientasikan demokrasi rasional-legal.,Ph.D. |
Pages: | 419 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81033+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 310.4 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.