Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497942
Title: Liken sebagai penunjuk biologi kualiti udara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Authors: Azlan Abas (P67916)
Supervisor: Azahan Awang, Dr
Keywords: Liken
Penunjuk biologi
Kualiti udara
Indeks Kepelbagaian Liken
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: Oct-2014
Description: Liken adalah organisma yang hidup secara simbiologitik antara kulat dan alga atau sianobakteria. Organisma ini berpotensi sebagai penunjuk biologi pencemaran udara di Malaysia. Kajian ini menghujahkan bahawa liken mampu dijadikan pilihan kepada penentuan kualiti udara selain penggunaan kaedah instrumental. Terdapat empat objektif di dalam kajian ini. Pertama, mengkaji taburan dan jenis spesies liken; kedua menganalisis kualiti udara menggunakan indeks kepelbagaian liken; ketiga menganalisis hubungan antara taburan spesies liken dengan persekitaran bandar dan terakhir menghujahkan liken sebagai penunjuk biologi kualiti udara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian telah dijalankan pada tahun 2013 dan 2014 menggunakan metodologi Indeks Kepelbagaian Liken (IKL) sebagai kaedah penilaian kualiti udara di 94 stesen persampelan. Metod kajian melibatkan pengenalpastian spesies liken berdasarkan kepada titik persampelan yang telah ditetapkan, pemetaan kualiti udara menggunakan Indeks Kepelbagaian Liken (IKL) dan penelitian aspek persekitaran persampelan melalui bilangan kenderaan, kandungan gas dan struktur tepu bina di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kaedah analisis melibatkan analisis grafik Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan analisis statistik SPSS (Korelasi Pearson). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 16 jenis spesies liken yang wujud di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Spesies liken yang paling dominan adalah Dirinaria picta, D. applanata dan D. aegialita dengan 62.16%. Diikuti Lecanora helva dengan 51.35%, Graphis vestitoides 48.65%, Amandinea efflorescens dan G. librata 45.95%, Pyrenula ochraceoflava dan G. ceasiella 43.24%, Chrysothrix xanthina, Pyxcine cocoes dan Pycine berteriana 40.54%, Hyperphyscia adglutinata 27.02%, Parmotrema praesorediosum 18.92% dan peratusan terendah adalah spesies Physcia atrostriata dan Parmotrema tinctorum dengan peratusan taburan sebanyak 8.11% setiap satunya. Indeks Kepelbagaian Liken menggunakan analisis GIS mendapati bahawa tiga stesen mempunyai gangguan kualiti udara yang tinggi, 15 stesen gangguan sederhana tinggi, 34 stesen gangguan yang rendah, 34 stesen mempunyai keaslian kualiti udara yang sederhana tinggi dan lapan stesen keaslian yang tinggi. Analisis korelasi Pearson (Nilai P < 0.05) antara taburan liken dan faktor persekitaran bandar adalah signifikan kerana perubahan kepada faktor persekitaran bandar juga membawa perubahan kepada taburan spesies liken. Ini menunjukkan taburan liken mempunyai hubungan yang kuat dengan persekitaran bandar. Penemuan kajian mendapati bahawa liken merupakan penunjuk biologi yang baik dalam menentukan kualiti udara di persekitaran bandar tropika.,Ph.D.
Pages: 238
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81030+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.