Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497933
Title: Undang-undang dan akta perlindungan warisan kebudayaan di Malaysia: satu analisis perkembangannya
Authors: Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff (P48301)
Supervisor: Ab Samad Kechot, Prof. Madya Dr.
Keywords: Undang-undang
Akta Warisan Kebangsaan
Warisan kebudayaan
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Jun-2015
Description: Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keberkesanan undang-undang dan akta perlindungan terhadap warisan kebudayaan di Malaysia. Warisan kebudayaan merupakan aspek yang amat signifikan lebih-lebih lagi dalam konteks Malaysia yang memerlukan perlindungan dan pemuliharaan sewajarnya. Dua kaedah kajian telah digunakan dalam kajian ini. Pertama, teknik analisis kandungan telah digunakan untuk menganalisis maklumat dari data sekunder, iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Kedua, pengkaji menggunakan kaedah kajian di lapangan dengan menemu bual beberapa orang pegawai di Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Malaysia dan pihak berwajib di peringkat negeri yang terbabit dengan pelaksanaan enguatkuasaan warisan kebudayaan. Kajian ini menggunakan pendekatan warisan yang merangkumi warisan kebudayaan yang terdiri daripada warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air dan warisan tokoh orang hidup. Hasil kajian mendapati undang-undang dan akta perlindungan iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) amat berkesan dan berjaya memberi perlindungan dan pemuliharaan kepada warisan kebudayaan di Malaysia. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang dan akta perlindungan terutamanya untuk fasal yang berkaitan warisan kebudayaan tidak ketara telah berjaya memberi perlindungan yang sewajarnya ke atas pelbagai warisan kebudayaan di Malaysia. Justeru, undang-undang dan akta perlindungan warisan perlu diterapkan dalam dunia pendidikan bagi generasi akan datang bagi menjamin warisan kebudayaan agar tidak lenyap dan musnah.,Ph.D.
Pages: 403
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81021+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
10.93 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.