Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497921
Title: Pemikiran al-Shaykh Muhammad Arshad al-Banjar dalam Kitab Sabil al-Muhtadin
Authors: Muammar Ghaddafi Bin Hanafiah (P52832)
Supervisor: Zulkifley bin Hamid, Prof. Dr.
Keywords: Sabil al-Muhtadin
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Sep-2015
Description: Kajian ini menganalisis pemikiran al-Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari menerusi kitabnya Sabil al-Muhtadin. Penganalisisan ini dilakukan untuk mencapai empat tujuan. Tujuan pertama adalah mengenal pasti piawaian kaul dalam Sabil al-Muhtadin, dan kedua adalah untuk menilai kemuktamadannya. Tujuan ketiga adalah mengenal pasti nilai-nilai Maqasid al-Shari'ah dalam Sabil al-Muhtadin, dan tujuan keempat adalah menganalisis pengaruh pemikiran Sabil al-Muhtadin dalam falsafah hidup dan jati diri orang Melayu. Bagi mencapai dua tujuan pertama, teori al-Mu'tamad 'ind al-Shaff'iyyah digunakan sebagai kerangka kajian. Bagi mencapai tujuan ketiga dan keempat, teori Maqasid al-Shari'ah digunakan sebagai landasan. Data kajian menunjukkan sebanyak 657 item telah terkumpul sebagai permasalahan berkaul dan dirujuk kepada ulama muktamad. Dari sudut ulama syuruh dan hasyiah, 59 item dirujuk kepada al-Nawawi, 10 item kepada al-Rafi'I, 339 item kepada Ibn Hajar al-Haytami, 212 item kepada al-Shams al-Ramli, 35 item kepada Shaykh al-Islam Zakariyya l-Ansari, 66 item kepada al-Khatib al-Sharbini, 7 item kepada al-Ziyadi, 17 item kepada Ibn Qasim al-Abbadi, 1 item kepada 'Amirah dan 9 item kepada al-Shabramallisi. Pandangan ulama-ulama hasyiah terkenal seperti al-Halabi, al-Shawbari dan 'Anani tidak ditemui. Selain itu, banyak pandangan lagi dalam Sabil al-Muhtadin yang diambil dari ulama-ulama dan rujukan-rujukan lain. Pandangan-pandangan tersebut sebenarnya boleh diiktimadkan jika dirujuk kepada pertimbangan ilmiah yang lebih toleran. Bagi melihat tujuan syariat dan pengaruhnya terhadap falsafah dan jati diri Melayu, pengkaji menemukan kelima-lima tujuan syariat yang disasarkan walaupun Sabil al-Muhtadin hanya mengkhususi perspektif ibadat. Ternyata pemikiran al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin membentuk pemikiran dan amalan fekah bermazhab Syafii paling cemerlang dengan menjadikan kaul muktamad sebagai pegangan utama dalam kehidupan beragama. Malah pemikiran Sabil al-Muhtadin yang dipegang masyarakat Melayu terbukti kaya dengan nilai-nilai Maqasid al-Shari'ah yang mementingkan penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini berhasil membuktikan dua lagi aspek keunggulan masyarakat Melayu yang boleh dibanggakan iaitu ketinggian piawaian amalan syariat dan kemurnian nilai-nilai falsafah dan jati diri.,Ph.D.
Pages: 498
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81009+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
943.22 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.