Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497918
Title: Manifestasi Leksis Setia Dari Perspektif Linguistik Kognitif
Authors: Hishamudin Isam (P43259)
Supervisor: Prof. Madya Dr. Norsimah Mat Awal
Keywords: Manifestasi
Perspektif
Linguistik
Leksis
Kognitif
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jan-2012
Description: Setia ialah contoh leksis yang dikategorikan dalam kelas semantik nilai yang mengalami masalah dari segi kerencaman makna dan konflik nilai. Kerencaman makna [setia] dikesan melalui perbandingan penstrukturan makna [setia] dalam kamus dan tesaurus, dengan kepelbagaian makna [setia] yang diungkap dalam data korpus. Kerencaman makna juga dibuktikan melalui keluasan makna konsep SETIA yang ditandai dengan kepelbagaian penggunaan leksis. Konflik nilai pula dikenal pasti berdasarkan situasi yang berlaku terhadap penerapan dan praktik nilai setia. Dalam konteks Malaysia, setia adalah nilai yang unggul dalam pembentukan sesebuah negara bangsa, sehingga diangkat sebagai prinsip Rukun Negara yang kedua, dan merupakan nilai penting yang menjadi agen dalam menjayakan gagasan l Malaysia. Ironinya, kajian-kajian terdahulu (khususnya kajian sosiologi dan antropologi), menyifatkan nilai setia sebagai nilai yang negatif kerana pemupukan nilai setia dikatakan menjadi punca pengekalan unsur-unsur feudalisme di kalangan rakyat Malaysia. Bagi merungkai permasalahan tersebut, kajian ini cuba mengungkap manifestasi leksis setia dari persektif linguistik kognitif, berteraskan analisis interpretasi makna dan nilai. Kajian berasaskan data korpus dari Sistem Pangkalan Data di Dewan Bahasa dan Pustaka ini, menggunakan teori prototaip untuk menganalisis interpretasi makna, dan menggunakan pendekatan prosodi semantik untuk menganalisis interpretasi nilai. Hasil interpretasi makna menunjukkan, berlaku transformasi yang besar dalam mengungkap makna [setia], yang bukan sahaja membawa makna [teguh hati] dan [berpegang teguh], malah turut boleh diinterpretasi sebagai [patriotik], [patuh], [sabar], [jujur], [yakin], [orang kepercayaan], [tegar], [komitmen], [sanggup], [kekal], [aktif], dan [cinta yang mendalam]. Hasil interpretasi nilai pula menunjukkan, setia adalah leksis dalam kelas semantik nilai yang bersifat ameliorisasi, iaitu leksis yang mengalami perkembangan makna yang baik, positif dan menyenangkan. Penghasilan kajian yang memberi tumpuan kepada proses penginterpretasian makna dan nilai ini, bukan sahaja dapat meneruskan tradisi penyelidikan dalam bidang linguistik kognitif, malah menawarkan satu pendekatan yang boleh dijadikan landasan untuk menganalisis leksis lain yang mengalami masalah kerencaman makna dan konflik nilai.,Doktor Falsafah
Pages: 359
Call Number: P165.H538 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_68902+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.