Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497912
Title: | Dasar luar Malaysia terhadap China : grand strategy negara kecil terhadap kuasa besar |
Authors: | Mohd Ikhram Mohd Ridzuan (P92308) |
Supervisor: | Mohd Ikbal Mohd Huda, Dr. |
Keywords: | International relations Security International Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Apr-2022 |
Description: | Orientasi hubungan diplomatik Malaysia dengan China dari tahun 1957-2018 telah menyaksikan hubungan saling bermusuhan berubah kepada normalisasi sehingga Kuala Lumpur menjadi rakan diplomatik yang dipercayai Beijing. Walau bagaimanapun, Malaysia secara konsisten menerima ancaman daripada China seperti konflik IndoChina, ancaman Parti Komunis Malaya, ketidakseimbangan perdagangan, keberkesanan pelaburan projek mega dan isu Laut China Selatan. Kajian ini menghujahkan bahawa walaupun hubungan Malaysia dengan China menunjukkan tiada sebarang konflik yang boleh menggugat kestabilan kedua-dua buah negara, namun persepsi ancaman masih berlaku melalui faktor serta pengaruh luaran. Kajian ini mengetengahkan tiga objektif iaitu mengkaji faktor yang mempengaruhi perubahan dasar luar Malaysia terhadap China; menganalisis faktor struktur antarabangsa, domestik dan individu dalam mempengaruhi dasar luar Malaysia terhadap China dan menilai implikasi hubungan bilateral Malaysia dengan China. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan memperoleh data primer melalui temu bual berstruktur dengan informan utama dari Malaysia dan China, kaedah analisis berdasarkan kronologi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Kajian mengaplikasikan teori realisme neoklasik dan konsep keseimbangan ancaman dalam menganalisis hubungan antara kuasa-kuasa besar dan tindakan mereka terhadap dasar luar Malaysia; kepentingan dan keperluan faktor domestik; persepsi serta perhitungan elit pemerintah dalam menilai risiko dan peluang melalui penstrukturan dasar luar Malaysia terhadap China. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan dasar luar Malaysia terhadap China dari era Perang Dingin, pasca era Perang Dingin dan pasca era Mahathir dipengaruhi oleh faktor struktur antarabangsa, domestik dan individu yang saling mendominasi satu sama lain. Walau bagaimanapun, bagi tempoh tahun 1957 sehingga tahun 2018 faktor struktur antarabangsa telah mewujudkan impak yang lebih dominan terhadap perubahan domestik dan tindakan yang diambil oleh para pemimpin dalam menganalisis setiap perubahan dasar luar Malaysia terhadap China. Kesimpulannya, negara kecil seperti Malaysia mempunyai grand strategy hasil daripada dasar pragmatik yang bersifat kondusif, inklusif, selektif dan akumulatif sehingga menjadi antara negara di rantau Asia Tenggara yang paling banyak menikmati manfaat melalui hubungan diplomatik dengan China.,Ph.D |
Pages: | 310 |
Call Number: | JZ1242.M634 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130165+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.06 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.