Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/497911
Title: | Literasi media sosial pekebun kecil ke arah integrasi sawit di Bintulu, Sarawak |
Authors: | Abdul Hafiz Ab Rahman (P81105) |
Supervisor: | Sivapalan Selvadurai, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Internet marketing Social media Online social networks Oil palm -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Nov-2021 |
Description: | Secara umumnya pekebun kecil mempunyai jaringan sosial yang terbatas disebabkan oleh faktor geografi penempatan mereka yang terpencil. Mempunyai jaringan sosial yang efektif membolehkan pekebun kecil dapat melaksanakan integrasi pertanian dengan lebih berkesan. Kemunculan media sosial yang canggih dan popular didapati dapat memperluas dan mengekalkan jaringan sosial dan secara tidak langsung juga dapat mempengaruhi pembentukan modal sosial. Ini dapat membantu pekebun kecil dalam mengatasi masalah kekurangan jaringan sosial dan memudahkan mereka memperoleh pelbagai manfaat. Sehubungan itu kajian ini dijalankan untuk meneliti sejauh mana tahap literasi media sosial dan tahap modal sosial pekebun kecil sawit dapat memberi manfaat kepada integrasi sawit mereka. Berdasarkan teori paradigma peranti dan teori modal sosial, manfaat daripada teknologi dapat dikecapi melalui fokus penggunaannya, iaitu mengambil manfaat daripada modal sosial yang terbina menerusi penggunaan media sosial. Kajian menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpulkan menerusi kaedah tinjauan menggunakan soal selidik. Kaedah persampelan rawak digunakan melibatkan seramai 194 pekebun kecil sawit. Analisis deskriptif dan inferens melibatkan ANOVA, ujian korelasi Pearson dan regresi logistik digunakan. Manakala maklumat kualitatif telah dikumpul menggunakan temu bual kumpulan berfokus. Seramai 10 responden telah ditemu bual dan analisis bertema digunakan di dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati responden mempunyai tahap yang tinggi dalam literasi media sosial dan modal sosial adalah mereka yang menjalankan integrasi sawit bukan pertanian. Majoriti responden didapati memilih menggunakan media sosial WhatsApp untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat. Kajian ini menunjukkan hubungan tahap literasi media sosial dengan tahap modal sosial mampu memberikan manfaat kepada integrasi sawit pekebun kecil. Analisis regresi logistik menunjukkan bahawa apabila tahap literasi media sosial meningkat, kebarangkalian bagi amalan integrasi bukan pertanian akan meningkat. Walau bagaimanapun pekebun kecil sawit perlu mengoptimumkan penggunaan media sosial ke arah memberi manfaat yang lebih luas kepada pertanian mereka. Hasil dapatan kajian ini berguna dalam memberi gambaran bahawa intervensi dalam literasi media sosial boleh memupuk modal sosial yang dapat menggerakkan integrasi sawit dengan lebih berkesan.,Ph.D |
Pages: | 262 |
Call Number: | HF5415.1265.A234 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129824+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.